The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Radamel Falcao Mungkin Me­ninggalkan Chelsea Januari Ini

Encik Bakri pada October 20, 2015

LONDON – Penyerang Chelsea, Radamel Falcao mungkin me­ninggalkan Chelsea apabila pasaran perpindahan pemain dibuka pada Januari ini.

Akhbar harian Britain, Mirror mendakwa, Falcao tidak begitu gembira bersama kelab London itu selepas jarang diberi peluang berada dalam kesebelasan utama, di mana Diego Costa dan Loic Remy menjadi pilihan The Blues.

Bintang Colombia itu gagal me­nyerlah dalam Liga Perdana Inggeris, malah turut tenggelam ketika di­pinjamkan kepada Manchester United, musim lalu.

Sekiranya dia meninggalkan Chelsea hujung tahun ini, kelab itu bersetuju menamatkan kontrak pinjaman bersama AS Monaco.

Sementara itu, Chelsea sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk pemain sayap Sevilla, Yevhen Konoplyanka dalam usaha memperkasakan jentera serangan mereka.

Pada permulaan musim ini, Chelsea bermula agak perlahan, malah Jose Mourinho juga tidak menyenaraikan bintang tengah­nya musim lalu, Eden Hazard pada aksi hujung minggu ini selepas menunjukkan penurunan prestasi.

Menurut laporan Fichajes.net, Chelsea akan mencuba nasib memancing bintang Ukraine, Konoplyanka yang sebelum ini beraksi untuk Dnipro dan sedang bergelut dengan prestasi sejak berpindah ke La Liga.

Chelsea sebelum ini turut dikaitkan dengan usaha mendapatkan rakan senegara Konoplyanka, Andriy Yarmolenko dan pemain itu dilihat memberikan keutamaan kepada skuad juara Liga Perdana tersebut sebagai pi­lihan pertama. – AGENSI


Download aplikasi The Sukan di Google Play