Punca Kekalahan Besar Barcelona

Eikrem oleh Eikrem 7 bulan yang lalu

Barcelona hadir ke bandaraya Paris sebagai pasukan pilihan, memandangkan kesemua pemain di barisan serangan mereka cergas dan mampu bermain. Leo Messi, Neymar dan Suarez - ketiga-tiga mereka berada di kesebelasan utama. Akan tetapi, selepas sepak mula sahaja, pasukan dari Catalan itu bagaikan orang yang dirasuk jin baru minum air yasin - lemau.

Antara ketiga-tiga trio MSN, hanya Neymar sahaja yang boleh dipuji dalam separuh masa pertama, tatkala pemain lain agak lembab, kerap hilang bola dan kaki mereka terkaku. Messi cuba mencipta magis selepas pasukannya ketinggalan 3-0, namun masih gagal untuk menembusi tembok pertahanan Paris Saint German.

Unai Emery buat kerja rumah

Jurulatih PSG, Unai Emery, ternyata telah melakukan kerja rumah sebelum menerima kehadiran Barca. Memandangkan Barcelona sedang mempunyai masalah di bahagian pertahanan kanan, maka PSG tanpa segan silu memfokus serangan ke bahagian tersebut, yang dijaga Sergi Roberto. Di Maria dan Julian Draxler dengan suka hati memperkotak katikkan Roberto, sehinggakan Pique dan Umtiti terpaksa lari dari posisi untuk membantunya.

Dek kekalutan melampau, Umtiti pula telah menghadiahkan tendangan percuma yang disudahkan Maria untuk gol pertama PSG.

Di Maria terkejut kerana dapat menjaringkan gol

Bek kanan perlu dicari segera

Masalah bek kanan Barcelona bertambah parah apabila Alex Vidal mengalami kecederaan mengerikan ketika bertemu Deportivo Alaves minggu lalu dan untuk mencari penggantinya, mereka hanya boleh membeli pemain yang tidak ada kontrak dengan mana-mana pihak atau pemain yang bermain di La Liga sahaja.

Maicon ada pengalaman.

Antara pemain yang tiada kontrak di posisi tersebut ialah Maicon dan Martin Caceres. Itu contoh pemain yang ada reputasi lah. Kalau tak nak, boleh ambil Kieran Richardson, Joey O'Brien atau Mikael Silvestre.




Paparkan Komen