The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Punca Insiden Kekecohan Penyokong JDT Di Stadium Larkin

Encik Bakri pada August 21, 2015

Kemenangan Johor Darul Takzim (JDT) 4-1 keatas Perak gagal padam dendam lalu, sebaliknya kekecohan tetap berlaku sehingga mengakibatkan kecederaan 3 orang pegawai polis selain 12 individu di tahan kerana cuba membuat provokasi.

Kecoh-larkin-620x264

Segalanya berpunca dengan layanan buruk yang di terima ketika aksi pusingan pertama di Ipoh, Perak di mana penyokong JDT di baling batu sehingga menyebabkan kecederaan dan kerosakan bas pemain serta penyokong ketika itu.

Pada Rabu situasi sama berulang, kekecohan dan kedegilan penyokong tuan rumah beredar membawa kepada tindakan drastik pihak polis bagi menghalang perkara lebih buruk dari terjadi.

“Kita berjaya menangkap 12 orang yang kita mengesyaki menimbulkan kekececohan ini dan juga menyerang pasukan polis dan menghalang pasukan polis untuk menjalankan tugas,” kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh

“Kita masih belum mengetahui apa puncanya, sudah menang dah, tetapi mereka masih lagi bersorak-sorak menghina dan membakar mercun,” katanya.

Bas yang membawa pemain Perak hanya beredar sekitar jam 12.45 pagi dari perkarangan stadium setelah situasi di anggap reda.

Bagaimanapun situasi itu turut membawa kecederaan 3 orang pegawai Polis selain 12 individu di tahan kerana cuba menghalang tugasan polis selain membuat provokasi.

Baca : KABEL BREK BAS YANG DINAIKI OLEH PEMAIN PASUKAN PERAK TELAH DIPOTONG

Tegas Sulaiman, hal ini terjadi ekoran tiada kesedaran dari penyokong sendiri yang lebih mementingkan sikap berdendam dari usaha untuk mencari pendamaian.

“Saya rasa ia tiada sikap kesukanan yang profesional. Kita anggap perkara macam ini berlaku sebagai pengajaran. Bagaimanapun, pihak polis telah berjaya mengawal keadaan dan memastikan keselamatan semua harta benda termasuk nyawa dalam keadaan baik,” tambahnya.

KRONOLOGI KEKECOHAN MEMBABITKAN JDT DAN PERAK

24 APRIL 2015 – LIGA SUPER

  • Penyokong Perak didakwa membakar mercun semasa perlawanan dan melontar objek keras kepada penyokong dan kenderaan penyokong JDT.
  • Perak didenda RM90 000.
  • Penyokong JDT didakwa melakukan provokasi dan bertindak tidak wajar selepas tamat perlawanan.
  • JDT didenda RM10 000.

18 JANUARI 2014 – LIGA SUPER

  • Tindakan liar penyokong memecahkan cermin kererta pengurus pasukan Perak dan menghalang bas pasukan Perak serta menyalakan bom asap di luar stadium
  • JDT didenda RM19 458.14

15 APRIL 2014 – LIGA SUPER

  • Jurugambar dan anggota polis tercedera selepas terkena mercun dan objek yang di baling penyokong semasa perlawanan.
  • Kekecohan turut berlaku selepas perlawanan mebabitkan peyokong kedua-dua pasuka dan terpakasa di leraikan FRU
  • Perak didenda RM70 000 dan beraksi di staadium tanpa penonton.

Download aplikasi The Sukan di Google Play