The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Pulau Pinang Enggan Berdiam Diri Isu 3 Mata

Encik Bakri pada October 28, 2016

Ekoran kontroversi PDRM membuat bantahan keatas JDT kerana menurunkan Lucero yang digantung kerana mengutip 3 kad kuning, Pulau Pinang enggan berdiam diri. Jika Bantahan PDRM diterima Pulau Pinang bakal menanggung akibat kerana bakal turun ke Liga Perdana.

Menurut laporan Berita Harian Online menyebut bahawa ersatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) tidak akan berdiam diri dalam isu hak untuk bersaing di Liga Super pada musim hadapan yang mahu ‘dirampas’ PDRM.

GEORGETOWN: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) tidak akan berdiam diri dalam isu hak untuk bersaing di Liga Super pada musim hadapan yang mahu ‘dirampas’ PDRM.

Presiden FAP, Datuk Seri Nazir Ariff, berkata pihaknya akan melakukan apa sahaja jika hak mereka beraksi pada saingan Liga Super dilucutkan begitu sahaja oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

FAP kini meneliti situasi membabitkan rayuan PDRM yang sudah menghantar surat bantahan selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menurunkan Juan Martin Lucero (yang sepatutnya digantung selepas mengutip tiga kad kuning) ketika pasukan berkenaan menang 4-0 ke atas PDRM pada aksi ke-18 liga, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 16 Ogos lalu.

Berdasarkan peraturan tiga kad kuning terkumpul, pemain perlu digantung satu perlawanan seterusnya dan kiraan kad kuning terkumpul dalam Liga Super tidak akan dikira dalam kejohanan lain seperti Piala FA dan Piala Malaysia.

Meskipun agak lewat, namun jika bantahan PDRM itu diterima FAM, maka PDRM akan diberi 3 mata sekali gus mereka kekal di Liga Super apabila mengumpul 23 mata manakala Pulau Pinang bersama Terengganu tersingkir ke Liga Perdana musim depan apabila menduduki dua tangga tercorot.

“Pemain Pulau Pinang beraksi bermati-matian pada perlawanan terakhir menentang Terengganu dan ini adalah sesuatu yang zalim jika FAM dan Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) membuat keputusan sebaik liga sudah tamat minggu lalu.

“FAP amat terkejut dengan apa yang berlaku malahan menyifatkan sebagai situasi yang cukup teraniaya kepada pasukan bola sepak Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Nazir Ariff berkata, bermula dengan insiden Pahang diberi tiga mata percuma atas kesalahan Kedah menurunkan pemain yang digantung, kini Pulau Pinang pula diheret sama. “Sekali lagi kami tertekan apabila PDRM yang menamatkan liga di bawah kami turut menuntut hak sama.

“Di sini saya mahu persoalkan mengapa Peraturan Pertandingan 2013-2016 Bantahan 5.3.1 yang menjelaskan bantahan kelayakan pemain atau lain-lain bantahan hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha FAM dalam tempoh 72 jam selepas tamat perlawanan tidak diguna pakai?,” katanya.

Beliau turut mempertikai, bagaimana hanya selepas kira-kira dua bulan perlawanan antara PDRM dan JDT diadakan, baharu aduan mahu dibuat.

“Saya berharap FAM dan Jawatankuasa Tatatertib tolong guna budi bicara kerana sebarang tindakan mengenai isu perlawanan JDT-PDRM akan memberi kesan buruk kepada Pulau Pinang.

“Saya yakin, jika keputusan antara JDT-PDRM nanti tidak akan memihak salah satu pihak, isu ini akan terus berbunyi untuk jangka masa lama malahan mungkin akan sampai ke peringkat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) atau FIFA,” katanya.

Sumber : Berita Harian