Preview Manchester Untied vs Saint-Etienne

Mohd Hazwan oleh Mohd Hazwan 7 bulan yang lalu

Saingan Pusingan 32 Pasukan Liga Europa akan bersambung lagi awal pagi esok dengan 16 perlawanan akan berlangsung. Perlawanan tumpuan semestinya antara pasukan Manchester United yang akan menentang kelab dari Perancis, Saint-Etienne di Old Trafford.

Paul Pogba vs  Florentin Pogba

Antara perkara menarik yang paling dinantikan peminat ialah pertembungan dua beradik buat kali pertama dalam satu perlawanan iaitu pemain termahal, Paul Pogba dan abangnya Florentin Pogba.

Perlawanan yang bakal menyaksikan rambut siapa yang menang

Florentin yang bermain di bahagian pertahanan tengah pasukan Saint-Etienne sudah pasti tidak akan membeli laluan mudah buat Paul dan rakan-rakan untuk menjaringkan gol buat Manchester United.

Ibu mereka pasti akan berada dalam situasi dilema untuk memberi sokongan sama ada kepada pasukan Manchester United atau pun Saint-Etienne.

3 Pemain Senior Tidak Akan Diturunkan

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester United, Wayne Rooney tidak akan diturunkan dalam perlawanan ini bersama-sama Michael Carrick dan Phil Jones akibat kecederaan.

Selain itu pemain bek kiri, Luke Shaw juga akan terlepas perlawanan ini apabila Jose Mourinho masih berpuas hati dengan mutu permainan yang ditunjukkan oleh Antonio Valencia, Chris Smalling, Eric Bailly dan juga Daley Blind.

Jadual Perlawanan Yang Padat

Selain bersaingan dalam Liga Perdana dan Liga Europa, Manchester United masih lagi meneruskan perjuangan dalam Piala FA dan Piala EFL. Walaupun masih lagi belum tewas dalam beberapa perlawanan terakhir liga, Manchester United masih lagi kekal di tangga keenam liga. Kasihan!

Jadual perlawanan yang agak padat dalam semua kejohanan mungkin akan memberi kesan kepada pasukan United. Namun, mereka perlu fokus untuk memastikan  impian mereka layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan tercapai.

Saint-Etienne Pasukan Underdog

Pasukan Saint-Etienne sudah pasti akan memberi saingan sengit kepada Manchester United pada perlawanan esok.

Menurut kapten pasukan Saint-Etienne, Loic Perrin kenangan lama dibolosi 14 gol oleh Zlatan Ibrahimovic sepanjang kariernya di Paris Saint German pasti akan sentiasa bermain di fikiran.

“Kami tidak akan memberi Zlatan ruang untuk bergerak bebas kali ini. Selain itu, saya akan suruh Florentin memberitahu Paul supaya bermain biasa-biasa malam nanti”, kata beliau lagi.

CHristophe Galtier - agak tampan pengurus St. Etienne ni

Pengurus pasukan Saint-Etienne, Christophe Galtier masih optimis bahawa pasukannya mampu memberikan saingan kepada Manchester United.

“Kalau Hull City mampu seri dengan Manchester United di Old Trafford. Kami juga mampu berbuat demikian untuk sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri. Lagipun sekarang mereka bukan pasukan yang besar. Duduk nombor 6 pulak tu”, kata beliau penuh keyakinan.




Paparkan Komen