The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Preview Final Piala FA Crystal Palace vs Manchester United

Encik Bakri pada May 21, 2016

Fakta Perlawanan Crystal Palace vs Manchester United

1. Perlawanan Final Piala FA ini macam biasa la kan di langsungkan di Stadium Wembley dan untuk musim ini akan di adili oleh Mark Clattenburg.

2. Kedua-dua pasukan pernah bertarung di perlawanan Final Piala FA tahun 1990, satu-satunya perlawanan akhir Piala FA yang pernah The Eagles rasai sehingglah musim ini. Red Devil menang 1-0 kosong dalam perlawanan timbal balik selepas seri 3-3 di perlawanan pertama dan pengurus Crystal Palace sekarang, Alan Pardew bermain dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Preview-Crystal-Palace-vs-Manchester-United-fa-cup-final-1990

Final ulangan FA Cup 1990 di mana saat itu dimenangkan oleh ‘Tuyul Merah’ dan membuat Sir Alex Ferguson ‘batal’ dipecat.

3. Palace tidak pernah menewaskan Manchester United dalam saingan PialaFA dengan rekod 2 seri dan 2 kalah.

4. Ini merupakan perlawanan akhir Piala FA pertama Manchester United sejak 2007 dan perlawanan akhir yang ke 19 secara keseluruhan dengan rekod 11 menang dan 7 tewas. Arsenal merupakan pemenang terbanyak dengan 12 kali muncul juara.

5. Manchester United tidak pernah menang Piala FA sejak 2004 dan tidak pernah memenanginya di Wembley sejak 1999.

6. Manchester United telah memenangi 15 perlawanan (Seri 4, kalah 1) daripada 20 perlawanan lepas menentang The Eagles dalam semua pertandingan.

7. Martial telah terlibat separuh daripada 12 gol yang dijaringkan Manchester United di saingan Piala FA musim ini dengan rekod 2 gol dan 4 bantuan gol.

8. Rashford telah menjaringkan 8 gol hanya dari 14 percubaan tepat untuk Manchester United dalam semua pertandingan.

Rekod Pertemuan Crystal Palace vs Manchester United

Preview-Crystal-Palace-vs-Manchester-United-rekod-pertemuan

Rekod Pertemuan Crystal Palace vs Manchester United

Dalam 7 pertemuan terakhir Crystal Palace vs Manchester United dalam semua pertandingan Manchester United menang 5, kalah 1 dan seri 1.

Prestasi Semasa  Crystal Palace dan Manchester United

Preview-Crystal-Palace-vs-Manchester-United-prestasi-semasa

Prestasi Semasa Untuk 5 Perlawanan Terakhir

Prestasi semasa kedua-dua pasukan untuk 5 perlawanan terakhir.  Crystal Palace Menang 2 dan kalah 3 manakala Manchester United pula Menang 3, kalah 1 dan seri 1.

Prestasi  Crystal Palace dan Manchester United Di Piala FA

Preview-Crystal-Palace-vs-Manchester-United-prestasi-piala-fa

Prestasi Crystal Palace dan Manchester United Di Piala FA

The Eagles hanya melalui 5 perlawanan untuk sampai ke Final dan menang kesemua perlawanan dengan 8 gol dan 2 bolos manakala Manchester United mengharungi 6 perlawanan, menjaringkan 12 gol dan bolos 4 gol.

Penjaring Crystal Palace dan Manchester United Di Piala FA

Preview-Crystal-Palace-vs-Manchester-United-penjaring-piala-fa-utama

Senarai Penjaring Crystal Palace dan Manchester United Di Piala FA

Kesebelasan Utama Crystal Palace dan Manchester United

Preview-Crystal-Palace-vs-Manchester-United-kesebelasan-utama

Kesebelasan Utama Yang Mungkin Diturunkan

Sumber : FR