Premier League 2019/20: Manchester United 4-0 Norwich City

Share on facebook
Share on twitter

Pasukan paling agung dalam sejarah peradaban bola sepak dunia, Manchester United telah kembali ke landasan kemenangan selepas mencatatkan dua kekalahan berturut-turut dalam dua kejohanan berbeza.

Norwich City yang semakin sendu menjadi belasahan Setan Merah untuk mendapatkan tonik yang positif dan meletakkan kembali Ole at the wheel.

Marcus Rashford meletakkan Manchester United dihadapan pada minit ke-27 selepas pantas menyambar umpanan Juan Mata.

Gol Rashford itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Tim Krul telah menjatuhkan pemain muda Setan Merah, Brendan William dalam kotak penalti sekaligus pengadil menghadiahkan sepakan penalti.

Rashford tampil mengambil sepakan dan Tim krul yang terkenal dalam menyelamatkan sepakan penalti berjaya membaca dengan tepat sepakan Rashford.

Tapi sayang rembatan Rashford terlalu kencang untuk diselamatkan dan awak terlalu baik buat saya.

Dua minit berselang Anthony Martial menjaringkan gol ketiga dengan satu sundulan tajam tanpa dicabar pemain Norwich dengan lonjakan sesedap rasa.

Pada minit ke-76, Mason Greenwood menjaringkan gol keempat melalui satu rembatan persis Robin Van Persia dan melengkapkan kemenangan penuh bergaya Setan Merah.

Marcus Rashford menyambut pernampilan ke-200 bersama Manchester United dengan dua gol. Gol ke-18 Rashford musim ini. Gembira bukan?

MANCHESTER UNITED (4-2-3-1): De Gea 7; Wan-Bissaka 7, Lindelof 6, Maguire 7, Williams 7; Fred 6.5, Matic 6.5; Mata 7.5, Pereira 7 (Greenwood 71 6.5), Rashford 8 (James 59 6); Martial 6.5 (Gomes 80)

Subs not used: Jones, Grant, Dalot, Chong

NORWICH (4-2-3-1): Krul 5.5; Aarons 6, Hanley 6 (Lewis 81), Zimmerman 6.5, Byram 6; Tettey 6, Vrancic 5 (Amadou 65 6); Cantwell 6.5, McLean 5, Buendia 6.5; Idah 5 (Hernandez 65 5.5)

Subs not used: Leitner, Stiepermann, Trybull, Fahrmann

Share on facebook
Share on twitter