Premier League 2019/20: Chelsea 3-0 Burnley

Share on facebook
Share on twitter

Chelsea mudah menewaskan Burnley tiga gol kosong bagi mengukuhkan kedudukan mata ditangga ke-4 Premier League daripada terus didekati Setan Merah.

Aksi kejar mengejar tempat ke-4 antara The Blues dan Manchester United tidak berkesudahan kerana kedua-dua pasukan ini mencatatkan keputusan yang sama.

Ketika Chelsea kalah, Setan Merah tanpa segan silu turut kalah dan begitulah seterusnya hingga Bang Jamil hidup balik.

Terjahan Lowton ke atas Willian pada minit ke-25 mengundang padah apabila pengadil menghadiahkan penalti buat Chelsea.

Jorginho tampil penuh bergaya untuk menyempurnakan sepakan penalti dan mudah meletakkan Chelsea di hadapan.

Tandukan Tammy Abraham dan kesilapan Nick Pope yang kaku melihat bola datang menggandakan kedudukan buat Chelsea.

Callum Hudson-Odoi melengkapkan kemenangan Chelsea dengan gol ketiga pada minit ke-50.

Ini merupakan gol pertama Callum Hudson-Odoi untuk Chelsea di Premier League. Menjerit kepuasan Callum Hudson-Odoi meraikan jaringan.

Di usia 19 tahun 65 hari Callum Hudson-Odoi menjadi pemain termuda menjaringkan gol buat Chelsea di Premier League selepas Carlton Cole.

Carlton Coleh menjaringkan gol pada usia 18 tahun 197 hari ketika menentang Middlesbrough pada April 2002.

CHELSEA (4-2-3-1): Kepa 6; James 7, Rudiger 6, Christensen 6, Azpilicueta 6.5; Barkley 6, Jorginho 6.5; Hudson-Odoi 6.5, Mount 6.5, Willian 6.5; Abraham 7

Subs not used: Pedro, Caballero, Zouma, Kovacic, Batshuayi, Tomori, Emerson Palmieri

BURNLEY (4-4-1-1): Pope 6; Lowton 5.5, Tarkowski 6, Mee 6, Taylor 5.5; Lennon 5.5, Westwood 5.5, Cork 6, McNeil 6.5; Hendrick 6 (Vydra 73′, 6); Wood 6

Subs not used: Gibson, Hart, Pieters, Bardsley, Long, Koiki

Share on facebook
Share on twitter