Premier League 2019/20 : Aston Villa 1-6 Manchester City

Share on facebook
Share on twitter

Sungguh garang Manchester City apabila tanpa belas telah membelasah Aston Villa dengan enam jaringan dan satu gol hadiah pengubat duka.

Kemenangan ini melonjakkan pasukan bimbingan Pep Guardiola ke tangga kedua selepas Leicester City tewas.

City ketinggalan 14 mata kepada Liverpool di puncak dengan kelebihan satu perlawanan yang mampu dijarakkan kepada 17 mata.

Riyad Mahrez membuka jaringan perlawanan pada minit ke-18 dengan meletakkan bola ke gawang melalui satu ruang yang sempit.

Enam minit berselang, Mahrez menggandakan kedudukan dengan rembatan deras sesukati kau je.

Jahat sungguh dua gol Riyad Mahrez mencari sudut yang sama.

Pada minit ke-28, Manchester City sudah 3 gol di depan hasil jaringan Sergio Aguero.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Gabriel Jesus menjadikan kedudukan 4-0 hasil hantaran jahat Kevin De Bryune.

Bersambung babak kedua Sergio Aguero melengkapkan hatrik dengan dua lagi jaringan pada minit ke-57 dan 81.

Sejarah tercipta apabila Sergio Aguero menjadi pemain paling banyak melakukan hatrik di Premier League dengan 12 hatrik.

Dengan ini Aguero telah memecahkan rekod yang dipegang oleh Alan Shearer yang mencatatkan 11 hatrik.

Anwal El Ghazi menjaringkan gol saguhati daripada sepakan penalti.

Villa XI: Nyland, Konsa, Hause, Mings, Elmohamady, Drinkwater (Lansbury), Douglas Luiz (Nakamba), Hourihane (Trezeguet), Taylor, Grealish, El Ghazi

Man City XI: Ederson, Rodri (Gundogan), Fernandinho (Otamendi), Stones, Joao Cancelo, De Bruyne (Foden), Silva, Mendy, Mahrez, Aguero, Gabriel Jesus

Share on facebook
Share on twitter