Pra-Musim: Terengganu FC 2-1 Kelantan United

Share on facebook
Share on twitter

Perlawanan pra-musim antara dua pasukan jiran bersempadan Terengganu FC dan Kelantan United penuh dengan kebanjiran penyokong yang datang menyaksikan perlawanan itu.

Bak kata orang putih Full House atau penuh rumah.

Arif Fadzillah menggembirakan ribuan penyokong yang hadir dengan gol pembukaan pada minit ke-22 melalui satu sepakan penjuru penuh bersahaja.

Ketika sepakan percuma mahu dilakukan, satu tolakan dibuat kepada Arif Fadzillah yang mengambil langkah seselesa mungkin dan disusuli satu rembatan.

Bola deras masuk ke penjuru kiri gawang dan gol itu menjadi gol tunggal pada separuh masa pertama.

Enam belas minit babak kedua berlangsung Dominique Da Silva menjadikan kedudukan dua gol tanpa balas.

Hantaran lambung cantik mencari Dominique Da Silva yang sekali lagi menewaskan penjaga gol Kelantan United.

Gol saguhati Kelantan United dijaringkan oleh Gassama Alfussainey ada minit ke-81.

Kegopohan pemain pertahanan Terengganu FC mengawal bola dihukum oleh Gassama Alfussainey.

FT Terengganu FC 2-1 Kelantan United FC

Arif Fadzillah 22′
Dominique Da Silva 56′
Gassama Alfussainey 81′

Share on facebook
Share on twitter