Pra-Musim 2019/20: Terengganu FC 4-0 Hougang United Football Club

Share on facebook
Share on twitter

Terengganu FC berjaya menewaskan pasukan dari liga Singapura Hougang United Football Club dalam aksi jelajah pra-musim Terengganu FC di Kuala Lumpur.

Ini merupakan perlawanan persahabatan terakhir Terengganu FC dalam jelajah pra-musim di Kuala Lumpur.

Sanjar Shaakhmedov meletakkan Terengganu FC di depan pada minit ke-10 melalui satu sepakan cantik luar kotak penalti.

Pemain import baru Terengganu, Dominique Da Sylva yang sebelum ini bermain di liga Vietnam bersama Saigon FC menggandakan kedudukan.

🏴🏳️JELAJAH PRA-MUSIM PERTAMA TFC 2020🏳️🏴📄 Kesebelasan utama pasukan Terengganu FC menentang pasukan Hougang United…

Posted by Terengganu Football Club on Thursday, 16 January 2020

Pada minit ke-33 larian solo Dominique Da Sylva dari tengah padang berjaya menghasilkan gol kedua Terengganu FC.

Dah macam Romelu Lukaku gaya Dominique Da Sylva ni.

Hougang United Football Club memperoleh peluang terbaik ketika situasi satu lawan satu namun penjaga gol Terengganu lebih bersedia.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan Terengganu FC di depan dengan dua gol cantik.

Sepuluh minit bersambung Sanjar Shaakhmedov sekali lagi meletakkan nama selaku penjaring untuk gol kedua peribadi.

Tolakan cantik Dominique Da Sylva disudahkan dengan satu penyudah cukup tenang dan cantik daripada Sanjar Shaakhmedov.

🏴🏳️JELAJAH PRA-MUSIM PERTAMA TFC 2020 🏳️🏴Skuad TFC mengakhiri sesi jelajah pra-musim di Kuala Lumpur dengan…

Posted by Terengganu Football Club on Thursday, 16 January 2020

Dominique Da Sylva melengkapkan kemenangan 4-0 Terengganu ke atas Hougang United Football Club dengan jaringan pada minit ke-74.

Gol berpunca daripada sepakan percuma yang tepat mencari Dominique Da Sylva yang melonjak tinggi tanpa dicabar melakukan sundulan tajam.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Hougang United Football Club sehingga tamat perlawanan.

FT Terengganu FC 4-0 Hougang United Football Club

Sanjar Shaakhmedov 10’56’
Dominique Da Sylva 33’74’

Share on facebook
Share on twitter