Pogba: Ada Perkara Mengenai Manchester United Yang Saya Tidak Boleh Dedahkan Kepada Media

Izuddin oleh Izuddin 5 hari yang lalu

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba mengakui beliau terpaksa mengambil langkah berdiam diri apabila bercakap mengenai masa depannya di Old Trafford.

Pogba juga mengakui sekiranya beliau meluahkan segala yang terbuku di lubuk sanubarinya, sudah tentu beliau akan dikenakan denda dari pihak pengurusan kelab.

Pogba dan Shaw masing-masing menjaringkan satu gol untuk membantu United menang 2-1 ke atas Leicester. Menariknya, dua pemain ini sering menjadi mangsa kritikan Mourinho pada masa lepas

Pemain antarabangsa Perancis ini kembali menyertai Manchester United pada tahun 2016 selepas berkelana di Itali selama 4 tahun. Disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Itulah peribahasa Indonesia yang sesuai untuk menggambarkan situasi yang dihadapi Pogba ketika ini.

Selama 2 musim beraksi di bawah Jose Mourinho, Pogba telah mengalami naik pasang surut dalam kariernya. Berikutan aksi tidak konsisten yang dipamerkan beliau pada musim lepas, Mourinho beberapa kali meletakkan Pogba di bangku simpanan sebagai satu bentuk 'hukuman'.

Disebabkan perkara tersebut, Pogba dilaporkan tidak lagi berasa gembira bermain di Old Trafford dan telah memberitahu niatnya yang ingin berpindah kepada Naib Pengerusi Manchester United, Ed Woodward.

Manchester United menafikan penyebaran berita tersebut tetapi ejen yang mewakili Pogba, Mino Raiola dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan Barcelona untuk membawa pemain tersebut ke Nou Camp pada musim panas ini.

Kenapa ko tak bagi aku pergi Barcelona ?

Seperti semua sedia maklum, punca utama masalah Pogba di Old Trafford adalah hubungannya dengan Mourinho yang sentiasa tegang. Persoalan mengenai hubungan dua individu ini sering menjadi topik perbincangan musim lepas dan Pogba juga dilaporkan tidak gembira dengan komen yang dikeluarkan Mourinho terhadapnya ketika Piala Dunia sedang berlangsung.

Walaupun demikian, segala permasalah seperti sudah dilupakan buat seketika apabila Mourinho meletakkan kepercayaan terhadap Pogba dengan memberi lilitan kapten ketika menentang Leicester. Pogba membalas kepercayaan tersebut dengan memberikan persembahan yang mantap untuk membantu United mencipta kemenangan dalam aksi pertama Liga Perdana Inggeris musim ini.

Persembahan Pogba ketika menentang Leicester juga menyaksikan beliau menerima 'standing ovation' dari peminat United di Old Trafford pada malam tersebut. Mourinho turut memuji persembahan Pogba dan menggambarkannya sebagai seorang 'monster' di atas padang.

Ketika bercakap kepada sidang media selepas tamat perlawanan, Pogba telah ditanya pemberita adakah beliau berasa selesa bermain dengan Manchester United buat masa sekarang.

"Ada perkara yang saya beritahu dan ada perkara yang saya tidak boleh luahkan kepada piha media. Jika tidak, saya akan dikenakan denda dari pihak kelab."

"Apabila pengurus meletakkan kepercayaan kepada anda, secara automatik segalanya akan menjadi lebih mudah dan anda juga akan berasa lebih baik."




Paparkan Komen