Pochettino: Sukar Bandingkan Kane Dengan Salah

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Pertemuan Liga Perdana Inggeris di antara Tottenham Hotspurs menentang Liverpool malam ini bakal menyaksikan dua penyerang terbaik di England ketika ini iaitu Harry Kane dan Mohamed Salah berentap bagi membantu pasukan masing-masing mencari kemenangan.

Namun demikian pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino percaya perlawanan itu nanti bukan semata-mata 'Kane vs Salah' dan mendakwa sukar untuk membandingkan kedua-dua pemain kerana style permainan yang berbeza.

Pochettino percaya Kane dan Salah tidak boleh dibandingkan kerana gaya permainan yang berbeza

Kane dan Salah terlibat dalam perebutan Kasut Emas Liga Perdana Inggeris musim lalu yang menyaksikan pemain antarabangsa Egypt itu berjaya memecahkan dominasi Kane dengan menjaringkan 32 gol. Kane pula gagal dalam misinya untuk memenangi anugerah itu buat kali-ke-3 berturut-turut selepas hanya menjaringkan 30 gol.

Musim baru ini telah menyaksikan permulaan yang agak perlahan buat Kane dan Salah. Selepas mengharungi 4 perlawanan, masing-masing baru sahaja mengumpul 2 gol.

Spurs akan melayan kunjugan Liverpool di Wembley Stadium pada pukul 7.30 malam ni dan Pochettino percaya Kane dan Salah masing-masing merupakan pemain yang cukup lengkap walaupun memiliki gaya permainan yang berbeza.

"Kane dan Salah merupakan pemain yang berbeza. Seorang bermain di bahagian sayap tetapi sekarang lebih kerap masuk ke tengah. Tetapi Salah masih lagi seorang pemain sayap."

Kane tidak cukup gol untuk di-claim musim lepas, menyebabkan beliau terlepas Golden Boot

"Tetapi kedua-dua pemain merupakan pemain yang cukup lengkap. Saya tidak mahu melebihkan mana-mana pemain. Saya tidak akan 'membunuh' Salah walaupun Kane adalah pemain saya."

"Perbezaan antara Salah dan Kane cukup nyata. Mereka berbeza dari gaya permainan dan bagaimana mereka bermain di atas padang. Tetapi saya percaya kedua-dua mereka merupakan pemain yang bagus."

Liverpool dianggap salah satu pasukan pilihan di samping Manchester City untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim ini. Spurs juga dianggap pasukan yang mampu memberikan saingan selepas mereka berjaya membelasah Manchester United 3-0 di Old Trafford bulan lalu.

Spurs berjaya menewaskan Liverpool 4-1 untuk mengakhiri badi mereka di Wembley Stadium musim lalu dan Pochettino menggesa pemainnya supaya tidak mengulangi mimpi ngeri tumpas di tangan Watford dua minggu yang lalu.

Ayam Tambatan Liverpool malam ni dan juga pemain-pemain fantasy seluruh dunia.

"Jika anda lihat bagaimana kami bermain menentang Watford, anda dapat lihat kami bermain amat perlahan dan kerap melakukan kesilapan. Ianya seperti seluruh pasukan berkata, 'OK, ini pentang yang indah di Vicarage Road, Elton John pon ada menonton di stadium'. Spurs bermain seperti ketika saya membawa anak saya ke taman."

"Saya pernah beritahu sebelum ini tetapi selepas Manchester United, saya sudah dapat mengagak kami akan tumpas juga akhirnya."

"Sudah tentu jika kami menang lawan Liverpool malam ni, ia akan mengubah mood dan persepsi terhadap pasukan ini. Tetapi tidak guna jika kami menang malam ni, tapi tewas di tangan Brighton selepas ini. Perkara paling penting adalah konsisten."




Paparkan Komen