Pochettino: Kami Sudah Sedia Untuk Bertemu Manchester City Sekali Lagi

Izuddin oleh Izuddin 1 bulan yang lalu

Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino berkata pasukannya akan turun penuh bersemangat untuk ;mengacau' kempen Manchester City apabila kedua-dua pasukan bertembung sekali lagi dalam tempoh 3 hari dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam nanti.

Namun begitu, Pochettino mengakui ia bakal menjadi satu lagi tugas yang berat buat Spurs kerana Manchester City sudah tentu bersemangat untuk membalas dendam atas apa yang berlaku di Etihad Stadium beberapa hari yang lepas.

Pochettino percaya dendam tidak akan bermain dalam fikiran Manchester City apabila kedua-dua pasukan bertembung malam nanti

Dalam perlawanan timbal balik peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, Tottenham membunuh impian Pep Guardiola untuk menjulang 'quadruple' musim ini apabila menyingkirkan Manchester City menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4.

Sesungguhnya, ia merupakan pertembungan yang epik dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sehingga wisel penamat ditiupkan. Pada waktu kecederaan, Raheem Sterling menyangka beliau telah menjadi wira untuk pasukannya dengan menjaringkan gol ke-5 buat City tetapi selepas pengadil merujuk video VAR, ia dibatalkan atas sebab offside.

Walaupun Liga Juara-Juara Eropah sudah terlepas dari genggaman, anak buah Guardiola masih mempunyai Liga Perdana Inggeris dan Piala FA untuk dikejar. Sekiranya menang kesemua baki perlawanan liga, Manchester City akan dinobatkan sebagai juara tanpa mengambil kira keputusan yang dicatatkan Liverpool.

Sekiranya Manchester City menang malam ini, mereka akan merampas kembali takhta liga dari Liverpool. Guardiola percaya anak buahnya mempunyai motivasi tambahan untuk menewaskan Spurs malam ini selepas disingkirkan Tottenham dari Liga Juara-Juara dalam keadaan yang penuh syahdu beberapa hari lepas.

Spurs layak ke separuh akhir UCL buat kali pertama dalam sejarah

Namun begitu, Pochettino berkata membalas dendam tidak akan bermain dalam fikiran Manchester City apabila kedua-dua pasukan beradu di Etihad Stadium sekali lagi malam ini.

"Bukan balas dendam."

"Sudah tentu, mereka akan mengalihkan perhatian dari Liga Juara-Juara Eropah ke Liga Perdana Inggeris sama seperti kami."

"Mereka akan berjuang untuk memenangi perkara yang penting iaitu menjuarai Liga Perdana Inggeris."

Pochettino berkata pemainnya tidak akan terbawa-bawa dengan kejayaan layak ke peringkat separuh akhir buat kali pertama kerana mereka sendiri sedang bersaing untuk meraih slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

"Bagi kami sekarang, kami perlu fikir cara untuk terus berada dalam kelompok 4 teratas. Itu adalah cabaran buat kami dan ia akan menjadi satu ujian yang sukar."

Lagenda mengatakan Sterling masih lagi meraikan jaringannya. Betul ke?

"Keadaan menjadi lebih sukar kerana situasi yang dihadapi pasukan sekarang [kecederaan terhadap Harry Kane dan Harry Winks]."

"Kesemua pemain Manchester City boleh dikatakan cergas dan kami perlu menilai kembali keadaan pemain kami."

"Kami akan merindui beberapa pemain yang penting buat kami. Saya perlu fikir cara bagaimana untuk menghadapi cabaran ini dengan pemain yang kami ada sekarang."




Paparkan Komen