The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

PKNS FC Mahu Teruskan Rentak Kemenangan

Eikrem pada August 11, 2015

PASUKAN berstatus kelab PKNS, tekad memburu kemenangan ketiga berturut-turut namun tidak memandang rendah keupayaan Sabah yang bakal ditentangnya di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini.

Selepas mencapai enam mata dari dua perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT II) dan NS Matrix sebelum ini, berdepan Sabah yang kini berada dalam prestasi kurang konsisten pastinya memberi kelebihan buat tuan rumah.

Namun nada kebimbangan turut diluahkan Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid yang mahu pemainnya tetap memberikan fokus sepenuhnya.

“Prestasi lawan jika dilihat beberapa perlawanan sebelum ini memang tidak konsisten, tapi harus diingat mereka pastinya memburu slot Liga Malaysia.

patrick
patrick Ronaldinho dan Henrique berjimba di tengah padang

“Memang prestasi pasukan kini memuaskan, menang dua perlawanan berturut-turut dan kini buruan kemenangan hatrik dicari.

“Saya tidak mahu pemain memandang mudah pertembungan malam ini, kerana dalam bola sepak segalanya boleh berlaku.

“Berbaki empat perlawanan, PKNS tidak boleh tercicir mata, jika berlaku, peluang untuk bersaing merebut slot Liga Super 2016 akan tertutup,” katanya.

Ditanya prestasi gandingan pemain import, Patrick Ronaldinho dan Pedro Henrique di jentera serangan, Mahfizul menjelaskan kejayaan dicapai pada masa kini adalah hasil kerjasama semua pemain.

Baca juga : JDT punya kelebihan untuk jadi juara

“Memang kita akui impak gandingan mereka berdua begitu, tetapi peranan pemain tempatan juga tidak menghampakan.

“Sebab itu semangat berpasukan sentiasa diterapkan dalam pasukan sebelum perlawanan bermula, Alhamdulillah pemain membuktikannya,” jelasnya.

PKNS FC yang digelar Semut Merah kini dilihat terus memberi tekanan kepada Kedah dan T-Team yang berada di kedudukan dua teratas liga untuk merebut slot Liga Super musim depan.

Mengumpul 33 mata hasil sembilan kemenangan, enam seri dan tewas tiga meletakkan PKNS FC di tangga ketiga liga dengan perbezaan empat mata dengan T-Team serta enam dengan Kedah.

Selepas aksi menentang Sabah malam ini,  PKNS  FC  akan  bertemu DRB Hicom, UiTM dan SPA FC.

Sumber : Sinar Harian


Download aplikasi The Sukan di Google Play