The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Pique juara datang lambat di Barcelona

Eikrem pada March 25, 2016

Di sebalik kejayaan Gerard Pique bersama pasukan Barcelona dan Sepanyol, terselit satu karakter yang tidak elok untuk dicontohi.

Sejak tahun 2010, Barcelona mempunyai peraturan ketat berkenaan kehadiran ke latihan dan perlawanan, dan peraturan ini diperkuatkan lagi oleh Luis Enrique.

Enrique mengarahkan semua pemainnya tiba sejam lebih awal ke padang latihan atau perlawanan dan sesiapa yang lewat walaupun seminit, akan didenda 200 Euro dan 400 Euro masing-masing bagi latihan dan perlawanan. Dalam carta kehadiran lambat, Pique mengumpul denda sebanyak 6200 Euro, jauh meninggalkan Neymar di tangga kedua dengan 1200 Euro, dan Adriano ketiga (1000 Euro). Pemain baru, Arda Turan pula mengumpul denda 600 Euro.

pique lambat

Jika seseorang pemain lewat buat kali kedua, denda naik dua kali ganda menjadi 400 Euro untuk sesi latihan, dan empat kali ganda bagi perlawanan menjadikan nilainya 1600 Euro.

Berbeza dengan tonggak lain seperti Xavi, Leo Messi dan Iniesta, mereka tidak pernah tiba lewat dan tidak pernah didenda. Sebab itulah mereka menjadi pemain berkelas dunia.

Tapi bagi Pique, kalau gaji dah berjuta-juta Euro, selalu bermain cemerlang di atas padang dan isteri pula penyanyi cun melecun, seksi dan terkenal di dunia, ‘ADA AKU KISAH?’dont give a fuck


Download aplikasi The Sukan di Google Play