Pingat Emas Usain Bolt Ditarik Balik

Eikrem oleh Eikrem 7 bulan yang lalu

Usain Bolt kini bukan lagi juara treble-treble-treble pingat emas Olimpik setelah pingat emasnya untuk acara 4x100m Olimpik Beijing 2008 ditarik balik, selepas salah seorang rakan sepelariannya, Nesta Carter telah disahkan menggunakan bahan terlarang ketika larian.

Selepas perlumbaan berakhir pada tahun 2008 tu, ujian terhadap Carter menunjukkan keputusan negatif, tetapi sampel air kencingnya kembali diuji oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada tahun lalu dan didapati mengandungi perangsang yang dilarang, methylhexamine. Susah kan nak sebut? Me-til-hek-sa-a-min (Ulang 5 kali).

Kalau Abang Usain jumpa Carter sekarang, apa agaknya yang dikatakan kepada Carter?

Memandangkan tindakan Carter ini menyalahi undang-undang IOC, maka pingat emas kuartet Jamaica yang dibarisi Usain Bolt, Asafa Powell, Michael Frater dan Nesta Carter, ditarik balik. Walaubagaimanapun peguam Carter akan membawa isu ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Jika keputusan IOC ini kekal, jumlah pingat emas Usain Bolt hanya tinggal lapan namun apa yang menarik, Carter juga antara pelari Jamaica ketika mereka memenangi 4x100m di Olimpik London pada tahun 2012 dan setakat ini belum ada pengesahan daripada IOC sama ada Carter turut positif dadah.

Berita ini pastinya memahat luka yang dalam di hati Abang Usain tatkala pasukan bola sepak kegemarannya masih lagi kekal di tangga keenam.




Paparkan Komen