The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Piala Thomas : Peluang Malaysia Ke Final Cerah

Encik Bakri pada May 19, 2016

KUNSHAN, China: Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen percaya skuad lelaki negara mempunyai peluang cerah untuk mara ke final pada saingan Piala Thomas, di sini.

Malaysia boleh menarik nafas lega apabila diundi bertemu Taiwan dalam aksi suku akhir yang akan berlangsung jam 1 tengah hari ini.

Jika berjaya mengatasi Taiwan, barisan pemain yang diketuai Datuk Lee Chong Wei akan bertemu pemenang perlawanan antara Denmark atau Jepun pada aksi separuh akhir.

“Ia adalah undian yang baik untuk kami. Korea Selatan adalah pasukan yang semua mahu elak dan mereka juga tidak berada dalam laluan kami untuk ke final.

“Kami juga tidak perlu memikirkan mengenai China sehinggalah aksi final. Saya yakin kami boleh melangkah jauh tetapi kami perlu fokus satu demi satu perlawanan, kata Frost.

Juara sembilan kali, China akan menentang Korea untuk aksi suku akhir hari ini manakala Indonesia bertemu Hong Kong.

Dalam saingan Piala Uber, juara bertahan, China diundi menentang Taiwan, Indonesia bertemu Korea, Thailand berdepan India manakala Jepun menentang Denmark.

Jadual perlawanan suku akhir Piala Thomas/ Uber 2016 yang berlangsung di Pusat Sukan Kunshan, di sini, hari ini.

Piala Thomas

– Indonesia mln Hong Kong, 1 tgh hari
– Malaysia mln Taiwan, 1 tgh hari
– Denmark mln Jepun, 7 mlm
– China mln Korea Selatan, 7 mlm

Piala Uber

– Indonesia mln Korea Selatan, 1 tgh hari
– Thailand mln India, 1 tgh hari
– Jepun mln Denmark, 7 mlm
– China mln Taiwan, 7 mlm

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/155161