The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Piala Thomas : Malaysia Mara Ke Separuh Akhir

Encik Bakri pada May 19, 2016

KUNSHAN: Malaysia menepati sasaran apabila mara ke separuh akhir Piala Thomas selepas menewaskan Taiwan 3-1 dalam aksi suku akhir di Pusat Sukan Kunshan, sebentar tadi.

Tiga mata kemenangan skuad lelaki negara disumbangkan Datuk Lee Chong Wei, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Koo Kien Keat Tan Boon Heong.

Menariknya, Chong Wei yang juga kapten skuad negara mendedahkan semua pemain hanya mengetahui Taiwan menjadi lawan mereka di suku akhir sebaik bangun daripada tidur pagi ini.

“Undian suku akhir berlangsung lebih kurang jam 1 pagi (awal pagi tadi), jadi saya sebagai kapten memastikan semua pemain tidur awal dan tidak perlu memikirkan siapa yang menjadi lawan kami.

“Bangun pagi ini, barulah kami tahu siapa lawan kami. Kami pastikan kami turun dengan semangat tinggi,” kata Chong Wei yang menewaskan Chou Tien Chen 21-18, 21-18 untuk menyumbang mata pertama.

Bagaimanapun, Taiwan berjaya menyamakan kedudukan selepas beregu mereka, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin menundukkan pasangan negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong 16-21, 21-19, 21-19.

Iskandar yang semakin menunjukkan aksi konsisten meletakkan Malaysia kembali di depan apabila menewaskan Hsu Jen Hao 21-8, 21-13 sebelum Kien Keat-Boon Heong melengkapkan kemenangan skuad negara dengan mengatasi Chen Hung Ling-Wang Chi Lin 21-16, 22-20.

Pada aksi separuh akhir, Malaysia akan bertemu dengan Denmark yang menewaskan Jepun dalam aksi suku akhir semalam.

Selanjutnya di : Berita Harian


Download aplikasi The Sukan di Google Play