The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Piala Malaysia 2015 : Selangor, Felda, Kelantan, T-Team Dalam Kumpulan Maut

Encik Bakri pada August 27, 2015

Selesai undian Piala Malaysia 2015, Selangor, Felda, Kelantan dan T-Team berada dalam Kumpulan C yang merupakan Kumpulan maut.

Misi ke-33 sentiasa menjadi cabaran buat skuad The Red Giants saban kali berlangsung Piala Malaysia sejak kali terakhir memenanginya pada tahun 2005.

Walaubagaimanapun, manifesto lama itu mungkin tidak lagi dijadikan sebagai sasaran ketika ini seperti diluahkan pengurus Selangor Amiruddin Shari.

“Sudah terlalu lama kita pasang misi 33 jadi kali ini kami akan meletakkan sasaran baru yang akan diumumkan nanti,” katanya.

Tugas sukar menanti pengendali Mehmet Durakovic tatkala Selangor telah 4 tahun ketandusan kejuaraan.

Felda United boleh di ibaratkan sebagai Giant Killer. Jangan di lupa Felda United merupakan faktor penentu kejuaraan Liga Super.

T-Team mungkin pasukan paling lemah dalam kumpulan ini tetapi tidak boleh di pandang rendah pasukan T-Team kerana mereka mampu mencipta kejutan.

Lain kisahnya buat pengendali Kelantan Zahasmi Ismail yang berdepan cabaran baru setelah diberi tanggungjawab mengemudi The Red Warrior sehingga tamat Piala Malaysia.

Sejak diambil alih Zahasmi, The Red Warrior menampakkan kemajuan ketara sekaligus dipuji Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa.


Download aplikasi The Sukan di Google Play