The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Piala Malaysia 2015 : Pahang Dan JDT Berada Di Laluan Yang Selesa

Encik Bakri pada August 27, 2015

Juara bertahan Piala Malaysia dan juaera Liga Super, Pahang mendapat laluan selesa apabila diundi dalam Kumpulan D bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pulau Pinang dan PKNS. Sementara itu JDT juga dilihat mudah kepusingan seterusnya apabila di undi bersama Perak, Sarawak dan ATM.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan bakal memulakan kempen dengan misi mahu menang bagi mengembalikan maruah kehilangan takhta Liga Super sebelum ini.

Penting buat Pahang untuk mengembalikan momentum mereka sekiranya mahu mengelak dari tewas mengejut.

Pulau Pinang yang dinobat pendatang baru Liga Super mampu menghadirkan cabaran kerana setiap pemain memilik moral tinggi ketika ini.

Pemain sayap Tok Gajah D. Saarvindran turut menyuarakan pendapatnya.

“Pulau Pinang berada dalam momentum baik kerana layak ke Liga Super, PKNS juga bukan lawan mudah kerana mereka sudah pasti mahu membuktikan kemampuan,” katanya.

PDRM sudah pasti menjadi halangan terbesar buat Tok Gajah namun barisan Zainal Abidin Hassan telah pun mencatat dua kemenangan di Liga Super sekaligus memberi kelebihan untuk mencatat kemenangan.

Disamping itu, juara Liga Super Johor Darul Takzim (JDT) turut dijangka tidak berdepan masalah apabila diundi bersama Perak, Sarawak dan ATM.

Walaubagaimanapun, kapten JDT Safiq Rahim berpendapat sebaliknya.

“Peluang setiap pasukan dalam seimbang, mana-mana pasukan yang beraksi di Liga Super adalah pasukan yang kuat,” katanya.

Namun pemain berusia 28 tahun itu menegaskan tewas di final musim lepas ditangan Pahang menjadi pendorong untuk The Southern Tigers cuba merangkul kejuaraan kali ini.

Rekod JDT disaingan Liga Super cukup baik musim ini sekaligus mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan kalah mati dengan mudah.

Namun perebutan tempat kedua pasti akan menjadi fokus diantara tiga pasukan lain.


Download aplikasi The Sukan di Google Play