Piala FA 2017 Perak vs Kedah : Tribute to Bramall Lane

Perakmania oleh Perakmania 6 bulan yang lalu

Selepas berada di stadium untuk melihat perlawanan ini sehingga ke akhir perlawanan, dapat saya simpulkan perlawanan ini merupakan satu tribute kepada satu perlawanan di Liga Inggeris 2002. Perak terpaksa bermain dengan 10 pemain pada 20 minit akhir perlawanan benar-benar menguji keutuhan pasukan Perak 2017 melalui perlawanan ini.

Ya, kita fokuskan pada isu pengadilan. Keputusan adalah keputusan dan kita kena akui yang Kedah memiliki pasukan terbaik. Ada beberapa persamaan yang saya lihat dalam perlawanan Perak dan Kedah dengan perlawanan antara Sheffield United dan West Bromwich Albion.

Perlawanan liga Divisyen 1 kedua-dua kelab Inggeris ini agak menarik dan penuh kontorversi.

Battle of Bramall Lane 2002

Pada tahun 2002 , perlawanan antara Sheffield United dan West Bromwich Albion telah diberhentikan pada minit ke 82 setelah pemain Sheffield United telah berkurangan atas padang hingga 6 orang. Ya, 6 orang sahaja, dan mereka sudah pasti gagal untuk bermain kerana tidak mencukupi pemain.

Enam orang sahaja yang tinggal di atas padang setelah perintah keluar padang dan kecederaan. Perlawanan Divisyen Pertama ini telah tergantung pada minit ke 82.Sheffield United menentang West Bromwich Albion telah ditinggalkan selepas pasukan tuan rumah dibiarkan dengan hanya enam pemain di atas padang.

The Blades mempunyai tiga pemain dibuang padang dan dua terpaksa meninggalkan padang kerana kecederaan. West Brom mendahului 3-0 apabila pengadil Eddie Wolstenholme membuat keputusan perlawanan terhenti dengan hanya lapan minit sebelum tamat.

Banyak kontroversi selepas perlawanan ini disebabkan banyak keputusan pengadil atas padang yang meragukan.

- Minit ke 9 , Penjaga gawang Sheffield United, Simon Tracey diperintah keluar padang atas kesilapan menangkap bola di luar kotak penalti.
- Minit ke 64, 2 orang pemain terpaksa di keluarkan akibat kecederaan.
- Minit ke 65, dua orang pemain terpaksa di arahkan keluar padang akibat kad Merah.

Dengan hanya 6 orang pemain sahaja yang cergas atas padang, mereka terpaksa akui kekalahan dari West Bromwich Albion yang memakai jersi hamper sama dengan jersi Kedah, Hijau Kuning.

Video Battle of Bramall Lane 2002




Paparkan Komen