The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Piala Europa Ujian Pertama Klopp Di Anfield

Encik Bakri pada October 22, 2015

London: Jurgen Klopp akan mengendalikan Liverpool beraksi di Anfield untuk kali pertama awal pagi esok apabila juara tiga kali Piala UEFA itu melayan kunjungan kelab Russia Rubin Kazan.

Selepas sekadar seri 1-1 di tempat sendiri kepada Sion pada perlawanan kedua menyebabkan Reds hanya mengutip dua mata selepas dua saingan Kumpulan B namun penyokong Anfield berharap ketibaan Klopp mampu mencetus perubahan.

“Terdapat ramai pemain bagus di sini. Saya melihat banyak perkara baik dalam pasukan saya,” kata Klopp memberitahu laman web Liverpool selepas skuadnya seri tanpa jaringan di Tottenham Hotspur minggu lalu. – AFP

Beberapa perlawanan lain Piala Europa awal pagi esok
– Anderlecht (BEL) mln Tottenham Hotspur (ENG)
– Qabala (AZE) mln Borussia Dortmund (GER)
– Molde (NOR) mln Celtic (SCO)
– Fenerbahce (TUR) mln Ajax (NED)