PFA Lancar Boikot Terhadap Media Sosial Dalam Usaha Banteras Isu Perkauman

Izuddin oleh Izuddin 1 bulan yang lalu

Pemain bola sepak profesional di England dan Wales berganding bahu memboikot media sosial menerusi satu kempen yang dianjurkan oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) bagi menunjukkan protes mereka terhadap isu perkauman.

Kempen yang dianjurkan oleh PFA itu menggunakan hashtag 'Enough' (#Enough) atau dalam bahasa Melayu 'cukup'. Ia merujuk kepada ejekan perkauman yang berterusan diterima pemain berkulit hitam yang mana masalah ini tidak ditangani dengan baik oleh pihak berkuasa.

Sudah cukup cukup sudah, Cukup sampai di sini saja Daripada hati gelisah, Cintaku kau balas dengan dusta

PFA melancarkan kempen ini bersempena dengan sambutan Good Friday yang jatuh pada hari ini yang mana pemain yang terlibat dalam kempen ini tidak akan memuat naik sebarang status di media sosial mereka selama 24 jam.

Sebelum ini, beberapa kes berprofil tinggi yang berlaku di England dan luar melibatkan kelab Liga Perdana Inggeris dan pasukan kebangsaan menyebabkan PFA mengambil langkah drastik ini untuk menyatakan protes para pemain terhadap isu tersebut.

Kapten Watford, Troy Deeney yang turut menjadi mangsa kepada ejekan berbaur perkauman dipetik berkata,

"Cukup cukup sudah."

"Pada hari Jumaat, kami akan menghantar mesej kepada mereka yang menghina pemain, atau sesiapa sahaja dari kawasan tempat duduk atau secara online, yang perlakuan mereka tidak diterima dalam bola sepak."

"Boikoi ini hanya satu langkah yang kecil, tetapi semua pemain akan menggunakan satu suara untuk menyatakan protes mereka terhadap isu perkauman ini."

Kelihatan sejak petang tadi, beberapa bintang ternama Liga Perdana Inggeris memuat naik status yang sama bagi menyokong kempen tersebut. Antara yang terlibat adalah Dele Alli, Romelu Lukaku, Chris Smalling, dan Ashley Young.

Kesemua pemain tersebut memuat naik status yang sama sambil diiringi kenyataan rasmi dari PFA.

"Kami mengambil pendekatan menentang ejekan berbaur perkauman."

"Kami sedar platform ini hadir dengan tanggungjawab, jadi kami ingin meluahkan suara kami untuk menyatakan pendirian menentang ejekan berbaur perkauman."

"Together, kami ingin mengajak media sosial platform dan badan-badan bola sepak yang lain untuk melakukan lebih lagi dari ini !"

View this post on Instagram

#enough

A post shared by Chris Smalling (@smalling) on

View this post on Instagram

#Enough

A post shared by Romelu Lukaku (@romelulukaku) on




Paparkan Komen