Petarung Amatur MMA Patah Tulang Kaki Ketika Bertarung

Izuddin oleh Izuddin 6 bulan yang lalu

Tahun 2019 baru sahaja memasuki 7 hari tapi kita telah menyaksikan beberapa ahli sukan mengalami kecederaan yang amat mengerikan ketika berada di gelanggang.

Jika semalam kita disajikan dengan kecederaan pemain receiver Cowboys Dallas dalam sukan NFL, hari ini berlaku lagi satu kecederaan yang hampir sama tetapi dalam sukan Mixed Martial Arts (MMA).

Kaki King terkena lutut lawannya yang keras bagaikan batu lesung

Dalam kejadian yang berlaku di Amerik Syarikat itu, seorang petarung amatur MMA mengalami patah kaki ketika sedang bertarung dalam gelanggang untuk rancangan 'America Kombat Alliance's Rite of Passage 6'.

Amaran kepada mereka yang lemah syahwat, anda diminta membaca sahaja artikel ini tanpa menonton video kejadian.

Ouchhh… oh nooo

Petarung bernama, Jonathan King mengalami kecederaan patah kaki selepas menghayunkan kaki kanan ke arah lawannya. Kaki kanan King hinggap di bahagian lutut pihak lawan yang keras lalu menyebabkan kakinya terkulai layu bagai diiris dengan sembilu.

King terus terjatuh selepas itu dan pengadil serta merta memberhentikan perlawanan. King kelihatan seperti tidak percaya kakinya berada dalam keadaan sebegitu rupa.

Penganjur pertandingan tersebut telah memberikan kenyataan mengenai keadaan semasa King.

"Jonathan King baru sahaja keluar dari dari 'recovery' pagi ini. Doktor berkata pembedahan untuk memperbetulkan keadaan kakinya berjalan dengan lancar."

"Terapi fizikal King akan bermula pada pagi esok dan beliau akan dibenarkan untuk pulang ke rumah minggu hadapan."

Ini bukanlah kali pertama kejadian seperti ini berlaku dalam MMA. Petarung terkenal UFC seperti Anderson Silva dan Corey Hill juga pernah mengalami patah kaki ketika sedang bertarung dalam octagon.

Silva misalnya patah kaki dalam perlawanan penentuan tali pinggang 'Middleweight' kepada Chris Weidmann dan insiden tersebut dianggap antara pengakhiran paling mengejutkan dalam sejarah MMA.

Silva memerlukan masa selama13 bulan sebelum dapat kembali beraksi dalam octagon.

Semoga cepat sembuh King !




Paparkan Komen