Aksi Young Ketika Menentang Barcelona Dianggap Paling Buruk Dalam Sejarah

Izuddin oleh Izuddin 3 bulan yang lalu

Ia merupakan malam yang ingin dilupakan pemain veteran Manchester United, Ashley Young. Tidak cukup dengan pasukannya kalah di tempat sendiri, Young dikecam peminat Setan Merah kerana mempamerkan persembahan yang amat buruk walaupun menggalas tugas selaku kapten pasukan.

Dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, Manchester United memilih untuk menggunakan cara susah untuk ke peringkat seterusnya dengan sengaja menjaringkan gol sendiri bagi membolehkan Barcelona meraih kemenangan tipis di Old Trafford.

Ahely Young bukan lagi young and dangerous

Bek kiri yang sering dikritik Jose Mourinho, Luke Shaw membuat kelakar apabila menjaringkan gol ke gawang sendiri pada minit ke-12.

Tetapi artikel ini tidak ingin bercakap mengenai Shaw, tetapi ingin mengulas kapten Setan Merah, Ashley Young yang bukan lagi muda.

Sebagai pemain paling veteran di atas padang pada usia 33 tahun, Young diberi tanggungjawab oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk membimbing pemain-pemain lain bagi mencari bekalan yang selesa untuk dibawa ke Nou Camp minggu depan.

Namun perkara sebaliknya pula yang berlaku. Young mempamerkan persembahan yang cukup buruk sehingga ada peminat mendakwa ia adalah persembahan terburuk dalam sejarah pengajuran Liga Juara-Juara Eropah.

Young yang suatu ketika dahulu pernah mencipta reputasi sebagai penerjun profesional, hilang pegangan bola sebanyak 32 kali sepanjang 90 minit perlawanan ! Diulangi 32 kali !!!

Bekas pemain Aston Villa itu diberi tugas untuk mengekang pergerakan Luis Suarez dan Lionel Messi tetapi gagal menjalankannya dengan baik.

Young bagaikan orang hilang arah sepanjang berada di atas padang. Setiap kali beliau cuba melakukan hantaran, tiada satu pun tepat menemui rakan sepasukannya.

Beliau membuat 11 hantaran tetapi tiada satu pon yang berhasil. Selain itu, ketepatan 'pass' Young juga adalah paling rendah dalam kalangan pemain yang beraksi semalam iaitu 73.3% sahaja.

Persembahan buruk Young semalam menjadi peringatan berharga kepada Solskjaer supaya mencari pemain baru yang mampu bermain di posisi pertahanan kanan pada jendela perpindahan musim panas nanti.




Paparkan Komen