The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) DIARAH BAYAR STEVE DARBY RM636,000

Encik Bakri pada July 29, 2015

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diarah menjelaskan tunggakan gaji bekas jurulatih, Steve Darby yang berjumlah RM636,000 dalam tempoh 14 hari tarikh surat rasmi yang dikeluarkan FAM.

Sikap berdiam diri KAFA berhubung kes gaji tertunggak Darby yang bermula dari April 2014 sehingga November 2015 mendorong campur tangan badan induk bola sepak negara itu.

Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain pada Isnin di mana tiada wakil KAFA yang hadir untuk mendengar keputusan di Wisma FAM.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) DIARAH BAYAR STEVE DARBY RM636,000

Posted by Daily Sukan on Wednesday, 29 July 2015

“KAFA perlu bayar penuh RM636,000 kepada pihak Steve Darby dalam tempoh 14 hari surat yang dikeluar FAM dalam minggu ini atau minggu depan,” terang peguambela Darby, Firdaus Datuk Ahmad.

Terdahulu Darby hanya menuntut jumlah RM240, 000 sahaja namun kerana keengganan KAFA menyelesaikan perkara itu lebih awal akhirnya menjerat diri sendiri yang membawa kepada keputusan pembayaran penuh tanpa sebarang pengurangan.

“Sebelum ini pun ada tawaran pihak Steve untuk ambil separuh daripada apa yang dituntut.

“Namun hari ini disebabkan afidavit-afidavit yang diberikan FAM, tuntutan penuh diberikan oleh FAM kepada pihak Steve Darby.

Kronologi Kes Steve Darby

stevee


Download aplikasi The Sukan di Google Play