The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Permainan Kelantan memalukan!

Encik Bakri pada February 22, 2016

Pasukan yang akan bersaing untuk pusingan ketiga Superbest Power Piala FA sudah ditentukan di mana 16 pasukan masing-masing telah melayakkan diri. Apa yang menarik perhatian Abg Din ialah perlawanan Kelantan menentang UKM FC di mana tuan rumah menang tipis 1-0.

Mengikut laporan perlawanan dari komentator-komentator amatur, UKM FC seharusnya menang dek persembahan hambar Pamoga Qu Puteh The Red Warriors dan salah seorangnya telah mengirim satu artikel kepada kami untuk disiarkan di www.thesukan.com.

Penyokong TRW ini hanya mahu dikenali sebagai Mat Ley meluahkan rasa hatinya berkenaan perlawanan tempoh hari.

Nota : Jika anda mempunyai artikel berkenaan sukan di Malaysia atau dunia, boleh hantar kepada kami di [email protected]

[email protected]__________

Permainan Kelantan memalukan!

Stadium Sultan Muhammad ke4 – satu stadium keramat buat pasukan Kelantan sejak zaman berzaman. Dari zaman sederhana cemerlang di era 1990-an, sehinggalah ke era kejatuhan teruk – terpaksa bermain di Piala FAM, dan muncul sebagai gergasi bola sepak Malaysia selama beberapa tahun dari 2009-2013.

Pada zaman kegemilangan, pasukan lawan cukup takut untuk bertandang ke negeri Cik Sit Wan Kembang dek semangat penyokong yang seringkali melaungkan ‘Gomo Kelate Gomo’ di segenap penjuru stadium.

Tetapi, itu dulu. Lima-enam tahun lalu. Sekarang pasukan kesayanganku sedang cuba kembali untuk menjadi pasukan yang sangat digeruni di tanah air sekurang-kurangnya.

Baca : Traore Perlu Mandi Bunga Untuk Buang Badi

Aku berkesempatan untuk berkunjung ke stadium untuk menyaksikan perlawanan Kelantan (maaf aku tak suka nama pasukan aku ditukar ke PQPTRW) menentang UKM FC. Sebelum perlawanan bermula, aku mengharapkan pasukan Kelantan bakal kenduri gol, memandangkan pasukan yang bakal ditentang hanyalah pasukan Piala FAM – divisyen 3 Liga Malaysia!

Tetapi sangkaanku meleset!

25 minit pertama, UKM FC bertubi-tubi mengasak kubu Kelantan. Bagaikan tidak percaya aku melihat pasukan kesayanganku diperlakukan sedemikian rupa. Passing dan long ball ke atas agak ke laut, mungkin sampai ke Tesco Lembah Sireh.

Andai Traore mendapat bola sekalipun, jarang ada pemain yang support. Aku cukup tak puas hati bila Wan Zack mendapat bola. Bagi aku selaku pemerhati amatur, Wan Zack agak tamak dalam mengolek bola, tapi aku tak tahulah kot itu arahan dari K. Devan.

Mujur lah umpanan Wan Zack di lewat permainan mampu ditanduk Traore untuk mengelakkan kemaluan TRW jatuh.

Secara keseluruhan, tidak melampau jika aku katakan permainan Kelantan memalukan!

First ball – satu teknik asas dalam sukan bola sepak, juga seakan belum mampu dikuasai sepenuhnya oleh pemain professional Kelantan, dan kelihatan agak sama tarafnya dengan pemain separuh masa dari UKM FC.

Dari segi kekuatan fizikal, UKM bagaikan dirasuk apabila seringkali memenangi pertarungan ‘body challenge’. Beberapa pemain dilihat selalu jatuh apabila dicabar pemain UKM – ini pun aku tak tahulah kot ada arahan dari K. Devan.

vida-traore-perlu-mandi-bunga-untuk-buang-badi

Apabila perlawanan memasuki minit ke-70, barulah Kelantan mula bernafas, itu pun setelah pemain UKM mula cramp secara berjemaah. Mungkin tempo permainan sebegitu belum mampu diharungi oleh pasukan amatur.

Dari segi positif, aku yakin Piya akan kembali menjadi ‘The Best Passer’ dalam liga Malaysia. Banyak hantaran pendek mahupun panjang darinya agak membahayakan kubu UKM, walaupun dikecewakan oleh barisan serangan.

Muslim Ahmad, meskipun kredibilitnya diragui sebelum liga bermula, aku ramalkan dia akan kembali menjadi antara pertahanan terbaik negara. Wan Zack pastinya akan menjadi pemain sayap terbaik Malaysia jika mendapat didikan yang sempurna dari K. Devan.

Baca : K.Devan Bakal Direhatkan?

Berkenaan coach, aku tak pandai nak ulas sebab aku bukanlah mempunyai pengetahuan yang luas dari segi taktikal. Cuma aku harapkan penyokong dan pengurusan Kelantan memberikan tempoh sewajarnya kepada coach berpengalaman ini mengendalikan pasukan. Tiada jurulatih yang mampu memberikan pulangan segera. Jurgen Klopp juga tercari-cari rentak bersama Liverpool meskipun gah sebagai coach yang hebat bersama Dortmund.

Harapan aku pada tahun ini, Kelantan akan kembal menjadi The Red Warriors yang digeruni, seperti mana tahun 2009-2016. Pemain yang berpengalaman dan pemain muda yang berbakat pastinya mampu menjadi asset kebanggaan skuad negeri Cik Siti Wan Kembang.

Gomo Kelate Gomo!