The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Perlawanan terkakhir kumpulan Piala Malaysia – Siapa akan layak ke suku akhir?

Eikrem pada November 3, 2015

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan dalam saingan Piala Malaysia 2015 bagi kumpulan A, C dan D semakin tiba ke penghujung di mana enam perlawanan bakal berlangsung dan menentukan siapa yang akan layak ke pentas suku akhir pada 4 November ini.

Piala Malaysia 2015 Jadual Keputusan InfoTaip

Nota : Kumpulan B tidak termasuk dalam analisis ini kerana mereka masih lagi mempunyai baki 2 perlawanan.

Kump A

Kumpulan A

Kedudukan semasa :

Pendahulu kumpulan, Lions 12, pasukan yang mahu dihambat keluar oleh para penyokong bola sepak tempatan telah pun mengesahkan kelayakan mereka ke suku akhir apabila mendahului kumpulan dengan 10 mata.

Kedah dan Terengganu masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga berkongsi 7 mata, namun Kedah berada di atas kerana jaringan gol yang lebih baik dari sang Penyu.

JDT pula berada di tangga terbawah dengan 4 mata.

Situasi :

Terengganu perlu menewaskan Lions dengan jumlah jaringan yang besar seperti 7-0 atau 8-0, sebagai persediaan untuk menyingkirkan Kedah dari tangga kedua seaindainya Kedah menang tipis di Pasir Gudang.

Seandainya Lions menewaskan Terengganu, Kedah automatik layak.

JDT II masih mampu layak sekiranya mereka mampu menewaskan Kedah dengan kelebihan 3 jaringan, sambil mengaharapkan Terengganu tewas di tangan Lions 12.

Ramalan : Kedah mengiringi Lions 12 ke suku akhir

kump c

Kumpulan C

Kedudukan semasa :

Selangor telah memastikan mereka layak ke suku akhir meskipun hanya menjaringkan 4 gol setakat ini degan 10 mata, 4 mata mengatasi Felda dan T-Team di tangga dua dan ketiga. Manakala Pahlawan Merah yang sedar berlapar kerana masalah gaji berada di tangga keempat dengan 5 mata.

Situasi :

TRW perlu menang walaupun 1-0, sambili berharapkan skuad Mehmet Durakovic menewaskan Felda.

Sekiranya Felda menang ke atas Selangor, T-Team dan TRW secara automatik terkeluar dari saingan Piala Malaysia tahun ini.

Sekiranya perlawanan Selangor dan Felda berkesudahan seri, dan T-Team TRW juga seri, maka Felda akan mengiringi Selangor ke suku akhir.

Ramalan : Kelantan berkelebihan beraksi di gelanggang sendiri layak mengiringi Selangor yang seri menentang Felda.

kump d

Kumpulan D

Kedudukan semasa :

Pahang mendahului kumpulan dengan 9 mata, diikuti PKNS yang berjaya mengutip 8 mata sambil tempat ketiga dan keempat diisi Pulau Pinang dan PDRM.

Situasi :

Pahang telah sah layak ke suku akhir. Tempat kedua masih terbuka  menjadi rebutan 3 pasukan lain.

Pulau Pinang perlu menang besar ke atas Pahang, dengan jaringan sekurang-kurangnya 5-0, sambil mengharapkan PDRM menewaskan PKNS dengan jumlah jaringan tipis.

PKNS memerlukan seri sahaja dalam perlawanan menentang PDRM dan jangkakan satu perlawanan yang akan ada banyak adegan buang bola dan buang masa.

Peluang PDRM hampir tertutup kerana perlu menewaskan PKNS dengan jaringan 7-0 sekurang-kurangnya, sambil berharap Pahang menang besar ke atas Pulau Mutiara.

Ramalan :

Pahang dan PKNS mewakili kumpulan D ke suku akhir.

Kalau dilihat pada situasinya, ada beberapa pasukan yang perlu menang besar ke atas lawan masing-masing.

Adakah ini mustahil untuk dilakukan?

Tidak.

BOOKIE KAN HADOOOO


Download aplikasi The Sukan di Google Play