Perlawanan Seterusnya England vs Croatia Akan Berlangsung Tanpa Penonton

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

England tidak perlu menunggu lama untuk bertemu kembali dengan Croatia yang menewaskan mereka dalam usaha merealisasikan propaganda 'It's coming home' di separuh akhir Piala Dunia 2018 dalam kejohanan UEFA Nations League.

Adakah England mampu membalas dendam? Tidak sama lagi walaupun England berjaya menewaskan Croatia lain makamnya Piala Dunia nak dibangdingkan dengan kejohanan lain. Tidak terbalas dendam ini rasanya.

England dan Croatia berada dalam kumpulan yang sama di UEFA Nations League dan perlawanan akan berlangsung di Rijeka's Rujevica Stadium pada 12 Oktober 2018 dan akan bermain dalam perlawanan tertutup.

Tidak akan ada penyokong dalam stadium ketika perlawanan kerana finalis Piala Dunia 2018 itu telah dikenakan hukuman oleh UEFA pada Jun 2015 kerana padang perlawanan yang digunakan telah dibentuk lambang swastika dengan kreatif sekali.

"Ini merupakan satu sabotaj dan perbuatan jenayah." Ujar Tomislav Pacak Jurucakap Croatian Football Federation(HNS)

"Kami menunggu pihak polis mengenal pasti pelaku tersebut. Perbuatan ini memalukan, bukan saja HNS malah kepada seluruh warga Croatia."

Swastika di padang.

Padang yang bakal digunakan untuk perlawanan kelayakan EURO 2016 menentang Italy telah menjadi mangsa vandalisme yang jelas kelihatan. Maka Croatia telah dikenakan denda bermain tanapa penonton sebanyak dua perlawanan.

Perlawanan menentang England merupakan perlawanan kedua dan terakhir Croatia menjalani hukuman. Adakah Croatia akan meraikan menghabiskan hukuman UEFA dengan kemenangan ke atas England.

Hukuman pertama Croatia lalui dengan menentang Bulgari pada Oktober 2015. Croatia hanya bermain dua perlawanan dalam tempoh 3 tahun di tempat sendiri? Ke melibatkan perlawanan bawah UEFA je?

Croatia hanya dikenakan denda dua perlawanan hanya dibawah perlawanan kompetitif kelolaan UEFA sahaja dan UEFA Nations League merupakan perlawanan kompetitif pertama Croatia selepas perlawanan menentang Bulgaria.

Kejohanan terbaru UEFA ini adalah pertandingan persahabatan yang terdiri dari 4 liga berbeza A,B,C,D yang membentuk 4 kumpulan. Sepanyol juga berada satu kumpulan bersama England dan Croatia untuk Liga A.

LEAGUE A
Group A1: Germany, France, Netherlands
Group A2: Belgium, Switzerland, Iceland
Group A3: Portugal, Italy, Poland
Group A4: Spain, England, Croatia




Paparkan Komen