Perlawanan Kelantan Dan Melaka United Ditunda

Encik Bakri oleh Encik Bakri 7 bulan yang lalu

Football Malaysia LLP melalui laman muka bukunya telah membuat satu pengumuman khas mengenai perlawanan Kelantan dan Melaka United di Stadium Sultan Mohamad ke-IV Kota Bharu di tunda kepada tarikh yang akan dimaklumkan atas sebab permukaan padang yang tidak boleh dimainkan akibat cuaca hujan.

Perkara ini juga telah diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor dalam satu kenyataan media. Keputusan menunda perlawanan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Koordinasi Perlawanan Liga Super melibatkan kedua-dua pasukan dan pegawai pertandingan.

"Kommisioner perlawanan dalam mesyuarat bersama kedua-dua pasukan jam 11 pagi ini memutuskan perlawanan Liga Super, Kelantan melawan Melaka United ditunda ke satu tarikh lain.

"Keputusan ini dibuat selepas pengawai pertandingan memeriksa permukaan padang di stadium dan mengambil kira faktor cuaca ketika ini yang boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain, ketidakselesaan penyokong dan kesan kepada fasiliti stadium," katanya kepada seperti yang dipetik dari Sinar Harian.


Share Tweet


Paparkan Komen