The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Pemain Celtic Yang Berusia 13 Tahun Karamoko Dembele

Encik Bakri pada October 4, 2016

Nama Karamoko Dembele telah menjadi sensasi di internet semalam bagi peminat bolasepak apabila pemain berusia 13 tahun itu membuat debut untuk pasukan Celtic bawah 20 tahun.

Walaupun susuk tubuhnya lebih kecil berbanding pemain lain di padang, Dembele membuat kemunculan pertama apabila menaggantikan Jack Aitchison pemain berusia 16 tahun yang muncul sebagai pemain paling muda menjaringkan gol untuk pasukan utama awal tahun ini ketika Celtic menewaskan Hearts 3-1.

Siapakah Karamoko Dembele? Pemain yang lebih muda 7 tahun berbanding pemain senior.

Bila dan Dimana Karamoko Dembele Dilahirkan?

12317889_1515121432148901_1590677351_n

Dembele dilahirkan pada 2003 di Ivory Coast yang merupakan sebuah negara yang penuh dengan pemain bolasepak yang berbakat dan kacak.

Posisi Dembele

11427386_1624178994533208_1263038879_n

Pemain muda berbakat ini boleh bermain dimana-mana posisi serangan samada sebagai penyerang tengah, sayap atau penyerang. Penyerang merupakan posisi yang paling cocok bagi Dembele.

Bagaimana Dembele Boleh Beraksi Bersama Skuad Bawah-20?

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Dembele kau boleh nampak kat internet. Dembele memperolehi peluang untuk beraksi bersama skuad bawah-20 disebabkan kebanyakkan pemain utama pasukan mempunyai tugasan antarabangsa bersama pasikan Scotland bawah-19. Walaubagaimanapun debut Dembele ini masih menjadi satu kejutan kepada orang ramai.

11386424_1659152734314320_43738190_n

Menurut laporan rasmi kelab bagi perlawanan tersebut, Dembele tidak menunjukkan rasa canggung beraksi bersama pemain senior dan mungkin bakal di naikkan rangking beliau di akademi.

Bagaimana Bakat Dembele Di Cungkil?

Bakat Dembele disedari melalui internet pada usia 12 tahun semasa beraksi di kejohanan St Kevin’s Boys Academy Cup di Dublin awal tahun ini. Dimana aksi Dembele ketika menentang Barcelona mencuri perhatian. Dembele menunjukkan aksi yang begitu dominan dan dianugerahkan Pemain Terbaik Kejohanan.

Gaya Permainan

Gaya permainan Dembele telah dibandingkan dengan Lionel Messi dimana cara Dembele menggelecek dengan kaki kirinya dan melungsuri segenap bucu padang dengan tenang dan bahagia. Dembele juga mempunyai kemahiran yang tinggi dan selalu menewaskan pihak lawan dengan sentuhan pertama beliau sebelum membuatkan pemain lawan makan asap dengan kelajuan beliau.

Lepas ni ramai la scout yang dok perati budak ni.

Sumber : Squawka


Download aplikasi The Sukan di Google Play