Peranan Pemain di Posisi Pemain Tengah : Kenalkah Anda Dengan Nama-Nama Berikut?

Seladang Tacts Amirul oleh Seladang Tacts Amirul 6 bulan yang lalu

Bahagian tengah merupakan nadi bagi setiap serangan dan pertahanan. Tanpa pemain tengah yang efektif, wujudnya suatu ruang luas diantara pertahanan dan serangan dan ‘hole area’/zon 14 akan mudah untuk dibolosi.

Jadi, anda akan mengenali beberapa peranan yang ada di bahagian tengah. Ada yang mungkin anda pernah baca di laman web sukan yang berbeza dan bagi pemain Football Manager, pastinya sudah biasa dengan nama-nama berikut. Saya akan bahagikan peranan-peranan pemain tengah ini kepada tiga bahagian; perancang, bertahan & serangan.

1. Pemain Tengah Perancang (Playmaker)

Lejen versus Lejen! Power sungguh!

Deep-Lying Playmaker – Seorang pemain tengah yang sentiasa berada jauh di bahagian tengah dan mampu merencana serangan daripada bawah. Pada masa yang sama, pemain ini juga mampu melakukan corak bertahan yang sangat baik.

Contoh pemain terkemuka dunia : Xabi Alonso (Sepanyol)

Regista - Seorang pemain tengah yang juga sentiasa berada jauh di bahagian tengah dan mampu merencana serangan daripada bawah. Namun, apa yang membezakannya dengan ‘deep-lying playmaker’ ialah regista tidak mampu bertahan dengan baik. Mereka memerlukan seseorang untuk menjadi perlindungan kepada mereka.

Contoh pemain terkemuka dunia : Andrea Pirlo (Itali)

Enganche – Seorang perancang tradisional yang statik dan hanya berada di posisinya untuk merencanakan serangan. Agak 'pemalas', enganche hanya menggunakan 70% daripada tenaga mereka semasa bermain.

Contoh pemain terkemuka dunia : Juan Roman Riquelme (Argentina)

Advanced Playmaker – Berbeza dengan enganche, advanced playmaker atau lebih dikenali sebagai ‘modern no.10’ adalah perancang yang lebih mobil dan gemar untuk bergerak keluar daripada posisi dan ke ruang-ruang kosong. Tambahan pula, mereka mampu menjaringkan gol sendirian.

Contoh pemain terkemuka dunia : Mesut Ozil (Jerman), Safiq Rahim (Malaysia)

2. Pemain Tengah Serangan

1 Man, 1 Club! #Salute

Shadow Striker - Ancaman serangan sebenar! Tambahan lagi dengan permainan 'deep-lying forward' yang gemar untuk turun dan menolak 'shadow striker' ke atas, mereka mampu untuk memusnahkan harapan pasukan anda daripada 'second ball situation'.

Contoh pemain terkemuka dunia : Luciano Vietto (Argentina)

Trequartista - Bermaksud 3/4 dalam bahasa Itali, peranan 'trequartista' adalah untuk merancang dan menyerang pada masa yang sama. Mereka selalunya memiliki visi yang hebat dan 'decision-making' yang bagus. Keupayaan teknikal mereka juga semestinya sangat hebat!

Contoh pemain terkemuka dunia : Francesco Totti (Itali)

3. Pemain Tengah Bertahan

Tersembullah... ke'macho'an dia!

Anchor Man - Bermain sebagai 'sweeper' di depan pertahanan namun kurang agresif berbanding 'half back'. Mengeluarkan bola lalu menghantarkannya kepada pemain yang lebih kreatif.

Contoh pemain terkemuka : Eric Dier (England)

Half back - Lebih kurang seperti 'Anchor Man', cuma lebih agresif dan berada sangat deep. Kasar dan liar, dua perkataan yang boleh menggambarkan permainannya. Mereka tidak mampu membantu dari segi serangan.

Contoh pemain terkemuka dunia : Geoffrey Kondogbia (France)

Ball-Winning Midfielder - Mampu bertahan dengan sangat agresif namun gagal untuk menyerang dengan baik, kembar tak seiras kepada 'Half Back' ini sering menjadi pilihan untuk menjadi pelindung kepada zon 14.

Contoh pemain terkemuka dunia : Sergio Busquets (Spain)

Box-To-Box Midfielder - Hiperaktif, berstamina kuda dan mampu menyokong semua posisi di dalam padang. Sangat kompleks corak permainan mereka!

Contoh pemain terkemuka dunia : Steven 'Dab' Gerrard (England)




Paparkan Komen