The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Perak Umum 22 Pemain Liga Super 2016

Encik Bakri pada December 5, 2015

Perak telah umumkan 22 pemain untuk aksi Liga Super 2016. Selain pemain barisan kejurlatihan dan pengurusan juga telah di umumkan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan mengumumkan pelantikan Worden, yang pernah membimbing Selangor dan Sabah, pada sidang media di sini hari ini.

Abdul Puhat berkata seramai 22 pemain dipilih menyertai pasukan Liga Super Perak bagi musim depan, termasuk seorang pemain import serta dua pemain daripada skuad Piala Presiden Perak 2016.

Mereka ialah Muhammad Zamir Selamat (penjaga gol), Muhammad Hafizul Khairul Nizam Jothy (penjaga gol), Muhammad Syazani Mat Puat (penjaga gol), Mohamad Nasir Basharudin (pemain tengah), Muhd Arif Ismail (pertahanan), Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Saari (sayap kiri), Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha’ari (pertahanan) dan Mohd Syazwan Mohd Roslan (pertahanan).

Mohammad Raffi Nagoorgani (pertahanan), Nazirul Naim Che Hashim (pertahanan), Mohd Norhakim Isa (pemain tengah), Ahmad Sukri Ab Hamid (pemain tengah), Mohamad Hafiz Ramdan (sayap kiri), D. Kenny Pallraj (pemain tengah), Muhammad Rafiq Faeez Muhammad Fuad (pemain tengah), Muhammad Ridzuan Azly Hussham (penyerang), Khairul Ashraf Sahizah (penyerang), Amirul Azhan Aznan (sayap kanan) dan Muhammad Fikri Sudin (sayap kanan).

Pemain import ialah Thiago Junio De A1quino (pertahanan) manakala pemain daripada pasukan Piala Presiden Perak ialah Ahmad Khairul Anuar Ahmad Zamri dan Muhammad Firdaus Saiyadi, kedua-duanya bermain di posisi tengah.

Abdul Puhat berkata terdapat dua kekosongan dalam slot pemain tempatan dan tiga pemain import.

“Kita memang mempunyai perancangan untuk mengambil pemain tempatan lain, namun ia masih dalam perbincangan.

“Memandangkan pendaftaran akan dibuka sehingga Februari, jadi kita ada masa untuk pilih yang betul-betul berkualiti,” katanya.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Ken Worden dilantik sebagai Pengarah Teknikal Pasukan Bola Sepak Perak, berkuat kuasa 1 Disember.

Beliau berkata Worden akan bertanggungjawab membantu dalam aspek teknikal  membabitkan semua program pembangunan bola sepak di bawah kendalian PAFA.

“Pengurusan PAFA juga menetapkan peranan beliau terlibat secara langsung dalam program pencarian bakat baharu bola sepak di seluruh Perak serta merancang program pembangunan dan kecemerlangan bola sepak Perak mulai 2016,” katanya.

Beliau berkata Worden, 72, berpengalaman luas dan pernah juga membimbing pasukan Singapore Lions, Melbourne Knights, Southern Myanmar dan Putrajaya SPA FC.

“Kita memang mempunyai perancangan untuk mengambil pemain tempatan lain, namun ia masih dalam perbincangan.

“Memandangkan pendaftaran akan dibuka sehingga Februari, jadi kita ada masa untuk pilih yang betul-betul berkualiti,” katanya.

Jawatan pengurus pasukan disandang Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahaya, manakala bekas pemain Perak dan pasukan kebangsaan, Shamsul Saad, dilantik sebagai jurulatih The Bos Gaurus.

Baca : Jurulatih Malaysia Masih Di Dalam Gua