The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Perak Dan JDT Didenda RM77,500 Oleh FAM

Encik Bakri pada November 4, 2016

Perak dan JDT masing-masing didenda RM47,500 dan RM30,000 menjadikan jumlah keseluruhan RM77,500 ekoran tindakan penyokong membuat kacau semasa perlawanan Perak lawan JDT pada 6 Ogos 2016 di Stadium Perak, Ipoh.

Kedua-dua pasukan menerima 2 pertuduhan yang membawa kepada hukuman denda wang ringgit. Manakala Perak dikenakan hukuman tambahan bermain tanpa penonton kerana kecuaian semasa penganjuran yang melibatkan kecederaan.

Pasukan Perak didenda di atas dua pertuduhan:

  1. Tindakan penyokong pasukan Perak yang telah membaling botol minuman ke arah penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) – Didenda sebanyak RM10,000.00
  2. Penganjuran perlawanan oleh Persatuan Bolasepak Perak semasa perlawanan Liga Super 2016 antara Perak lawan JDT pada 6 Ogos 2016 di Stadium Perak, Ipoh telah melibatkan kes kecederaan. – Didenda sebanyak RM37,500.00 dan bermain tiga perlawanan rasmi seterusnya tanpa penonton di gelanggang sendiri(termasuk hukuman bermain satu perlawanan tanpa penonton seperti yang telah diputuskan pada 4 Mac 2016).

Pasukan JDT didenda di atas dua pertuduhan:

  1. Tindakan penyokong pasukan JDT yang telah membaling botol minuman ke arah penyokong Perak, memusnahkan papan iklan, mencederakan seorang jurugambar – Didenda sebanyak RM15,000.00
  2. Menyanyikan lagu yang menghina pasukan Perak – Didenda sebanyak RM15,000.00

Selain denda kedua-dua pasukan juga diberi  amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.


Download aplikasi The Sukan di Google Play