The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Penyokong JDT Bergaduh Semasa Perlawanan Menentang Muangthong United?

Encik Bakri pada February 3, 2016

Penyokong JDT Bergaduh Semasa Perlawanan Menentang Muangthong United

Penyokong JDT dilihat bergaduh sesama sendiri ketika di Penghujung separuh masa pertama semasa menentang Muangthong United dalam kelayakan AFC Champions League. Menurut penyokong JDT itu merupakan amalan biasa penyokong mereka yang di gelar “Rumble”.

Impian Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mara ke saingan utama Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini, berkubur selepas tewas kepada Muangthong United FC di Nonthaburi, Thailand, sebentar tadi.

Pasukan bimbingan Mario Gomez itu tewas 3-0 menerusi sepakan penentuan selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam masa sebenar dan 30 minit masa tambahan selepas itu.

Pada aksi pusingan kedua kelayakan ACL di Stadium Thunderdome itu, menyaksikan tiga pemain import JDT – Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Harris Harun – gagal menyempurnakan sepakan penalti masing-masing.

Pasukan tuan rumah memastikan kemaraan mereka ke pusingan ketiga selepas S Yooyen menyempurnakan sepakan ketiga selepas dua rakannya, Cleiton Silva dan P Notchaiya turut berjaya berbuat demikian sebelum itu.

Tonton : Perlawanan Penuh JDT vs Muangthong United