The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Penyokong Bergaduh, FAM Yang Untung

Encik Bakri pada March 3, 2016

Tahun-tahun sebelum ni kita dijamu berita pergaduhan penyokong Perak-Johor, Pahang-Johor, Kedah-Penang. Kalau lama sikit penyokong Kelantan-Selangor bergaduh. Kalau level internasional hooligan (konon) serang penyokong Vietnam di stadium Shah Alam.

pergaduhan-penyokong-melaka-dan-negeri-sembilan-7

Semalam pulak ada fight baru – Negeri Sembilan-Melaka – dua pasukan jiran yang main Liga Perdana.

Liga Perdana bro!

#AbgDin pun hairan bila ada orang gaduh sebab bola baik di stadium atau di laman social. Liga Malaysia ni bukan liga tumpuan dunia macam EPL dan La Liga pun, malah belum mampu untuk mencapai tahap liga Thailand, tapi penyokong sibuk nak tunjuk samseng, tunjuk taiko, tunjuk perangai anjing.

Penyokong Bergaduh, FAM Yang Untung

AbgDin tak faham!

Sedar la sikit, engkorang benci FAM, tapi buat perangai anjing tak bertuan gaduh sana sini bagi peluang kepada FAM nak denda beribu riban kat persatuan bola masing-masing. Engkorang cakap FAM anjing tapi sebenarnya engkorang pun sama anjing dengan FAM.

Trend sekarang dah berubah. Peminat yang pergi ke stadium bukan lelaki je. Sekarang ada kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua. Gaduh-gaduh ni sedikit sebanyak memberi kesan kat diorang. Hormat orang lah!

Jadi untuk masa akan datang, AbgDin harap takde dah insiden gaduh-gaduh ni. Buang masa ja. Daripada kita gaduh-gaduh, baik kita tumpu macam mana nak naikkan mutu bola sepak Malaysia ni, itu lagi baik.

#Katakantidakkepadakeganasanbolasepak

#Siapagaduhdiaanjing


Download aplikasi The Sukan di Google Play