Penyokong Anderlecht Dimarahi Kompany Selepas Mignolet Dibaling Suar

Share on facebook
Share on twitter

Bekas pemain pertahanan dan juga bekas ketua pasukan Manchester City, Vincent Kompany telah memarahi penyokong Andelect kerana membaling suar(flare) ke arah Simon Mignolet.

Vincent Kompany dikenali sebagai salah seorang pemain pertahanan terhebat di Premier League dengan kekentalan dan kepimpinan yang berwibawa ketika di padang.

Kepimpinan melalui tauladan telah memberi inspirasi kepada rakan sepasukan dan sering menjaringkan gol penting ketika 11 tahun di Manchester City.

Selepas memimpin City dengan penuh bergaya di Premier League, FA Cup dan Caraboa Cup musim lepas, Kompany dan the Citizen akhirnya berpisah.

Selepas meingggalkan City, Kompany telah kembali ke Belgium untuk menjadi pengurus merangkap pemain bersama Anderlecht.

Kelab di mana Kompany mula membina kariernya dan peluang untuk menjadi pengurus tidak lagi mampu ditolak begitu saja.

Kerjaya selaku pengurus dan juga pemain bersama Anderlecht tidaklah begitu cemerlang dan tidaklah teruk apabila berada ditangga ke-9 liga.

Anderlecht kini berada 25 mata di belakang pendahulu liga ketika ini, Club Brugge.

Kompany hanya menang satu perlawanan dalam 7 perlawanan terakhir dan tidak mampu menghalang Anderlecht tewas 2-1 kepada pendahulu liga.

Ketika perlawanan hampir ke penghujung penonton Anderlecht telah membaling suar ke arah penjaga gol Club Brugge, Simon Mignolet yang mahu melakukan sepakan gol.

Suar yang dibaling itu kemudian meletup membuatkan Mignolet terkejut beruk sebelum berasap. Suar ke bom asap ni?

Kompany dengan semangat kepimpinan melalui tauladan tampil memarahi tindakan penyokong pasukan beliau dengan syarahan pendek dengan penuh bergaya.

Selepas selesai takzirah pendek dan ringkas serta padat supaya penyokogn Anderlecht menghormati lawan, Kompany menemai Mignolet kembali ke kawasan gol

Share on facebook
Share on twitter