Penjelasan Sains Di Sebalik Diet Pelik Yang Diamalkan Vardy

Encik Bakri 7 bulan yang lalu

Mengambil secawan kopi atau teh pada setiap pagi mungkin menjadi amalan sesetengah orang untuk menghilangkan mengantuk semasa bekerja, tetapi bagi penyerang Leicester City Jamie Vardy secawan kopi tidak cukup untuk beliau.

Pemain yang berusia 28 tahun itu telah mendedahkan bahawa beliau mengamalkan pengambilan Red Bull, Kopi dan juga Nikotin sebelum memulakan latihan. Vardy juga mengaku beliau meminum Port (Wine) yang membantu beliau untuk tidur sebelum perlawanan.

Vardy Dilihat Memegang Red Bull Dan Nikotin (Chewing Tabacco) sebelum Perlawanan Menentang Wales Di EURO 2016 | Gambar : FameFlynet

Pengambilan bahan peransang dan alkohol kelihatan ganjil dalam diet ketat pemain bola sepak terkenal, tetapi adakah Vardy mendapat faedah atau manfaat daripada amalan ini? Atau ianya boleh menjadi Ibrah kepada semua?

FFT telah merujuk perkara ini kepada Matt Lawson seorang Dietitian berdaftar yang berkhidmat bersama pasukan Notts County. Matt Lawson menjelaskan kesan pengambilan Red Bull, Kopi, Nikotin dan juga alkohol dari sudut sains.

Red Bull

Vardy meminum Lembu Jantan Merah (Red Bull) untuk Kafein kerana kandungan Kafein dalam Red Bull sangat tinggi. Kebanyakan atlit mendapati mereka tidak mendapat apa-apa faedah dari pengambilan Red Bull kerana rasanya sangat manis dan meninggalkan sedikit kesan tidak selesa kepada perut.

“Kesan pengambilan Red Bull bergantung kepada masa bila Vardy meminumnya. Saya tidak menggalakkan mengambilnya ketika senaman atau latihan kerana Red Bull tidak boleh dihadam dengan segera oleh perut.

“Mengambil Red Bull beberapa jam sebelum aktiviti tidak akan memberi masalah. Red Bull mengandungi Neuroreceptors di mana ia mempengaruhi otak untuk melambatkan keletihan. Jelas¬†Matt Lawson.

Kajian Ke Atas Red Bull

Setin 250ml Red Bull mengandungi 80g Kafein secara kasarnya lebih kurang kandungan Kafein dalam secawan kopi. Pada 2001 satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan Red Bull keatas prestasi dan kajian itu mendapati:

1. Red Bull meningkatkan ketahanan Aerobic iaitu keupayaan untuk mengekalkan kadar dengupan jantung maksimun individu pada tahap 60-65%.
2. Red Bull meningkatkan prestasi Anaerob di mana individu itu mampu mengekalkan kelajuan maksimum.
3. Masa tindak balas, ingatan kembali(memory recall) dan tumpuan juga menunjukkan peningkatan yang ketara.

Kopi

Matt Lawson menasihati supaya jangan mengambil kopi setiap hari kerana memberi kesan buruk.

“Seperti Red Bull, Vardy mengambil kopi untuk melambatkan rasa letih tetapi nasihat saya supaya mengelakkan pengambilan kopi sepanjang minggu. Jika mengamalkannya setiap hari ia boleh menyebabkan ketagihan.

“Kami tidak mahu para pemain meminum kopi berbanding meminum air kosong sahaja kerana kami mahu badan pemain sentiasa berair(hydrated). Saya mencadangkan pengambilan kopi semasa sarapan pada pagi hari perlawanan.

“Cara ini akan memberi kejutan kepada tubuh kerana badan tidak biasa dengan kehadiran kopi dan kesannya akan lebih power dan padu. Jika minum setiap hari badan akan kalis kepadanya.

Kajian Ke Atas Kopi Dan Kafein

Satu kajian mendakwa bahawa pengambilan kopi sebelum perlawanan memberi kesan yang berbeza samada mendapat kejayaan atau mengalami kegagalan.

Ketua penyelidik Universiti Conventry, Dr Rob James mendedahkan keputusan kajiannya di mana kajian menunjukkan dos Kafein yang tinggi akan meningkatkan kekuatan dan juga ketahanan otot sebanyak 6 peratus.

Penyelidik berkata pengambilan 6mg Kafein per 2.2lbs berat badan atau kira-kira 2 cawan kopi sebelum latihan atau perlawanan akan memberi kesan yang bagus.

Port (Alkohol)

Port merupakan singkatan nama kepada Port Wine yang juga di kenali sebagai Vinho do Porto. Sejenis Wain yang keras dihasilkan secara eksklusif di lembah Douro, Wilayah Utara Portugal.

Dalam autobiografinya Vardy mendedahkan bahawa meminum Port membantu beliau untuk tidur tetapi kesan alkohol adalah berbeza bagi setiap individu. Alkohol akan menyebabkan badan mengalami kekurangan air atau dehydrate.

Keadaan ini sudah semestinya tidak patut dialami oleh seorang pemain yang akan membakar 2000 kalori dalam tempoh 90 minit permainan. Semasa perlawanan secara purata badan akan kehilangan cecair sebanyak 2 liter.

Sudah pasti mana-mana pengurus atau pemain tidak mahu badan pemain kekurangan air sebelum perlawanan. Kita selalu lihat gol dijaringkan 10 minit sebelum perlawanan tamat dan ini selalu berlaku kerana dehidrasi yang memberi kesan kepada tumpuan pemain.

Kajian Ke Atas Alkohol

Pada 2013 Pusat Tidur London (London Sleep Centre) telah mengendalikan satu kajian dimana hasil kajian mendapati alkohol membantu anda tidur dengan cepat tetapi ia akan menggangu tidur di awal pagi.

Pengarah Pusat Tidur Edinburgh, Chris Idzikowski berkata

“Secara keseluruhannya alkohol tidak membantu untuk meningkatkan kualiti tidur sepanjang malam. Pada awalnya anda mungkin mendapat tidur yang lena tetapi kemudian akan terjadi gangguan seperti dengkuran dan kesukaran untuk bernafas.

Nikotin

Berkenaan Nikotin pula Matt Lawson berkata inilah pertama kali beliau mendengar pemain bola sepak menggunkan Nikotin.

“Saya ada baca tentang Vardy mengunakan uncang Nikotin tetapi ini kali pertama saya mendengar pemain bola mengunakan Nikotin. Saya tidak pasti apakah kesan Nikotin untuk meningkatkan prestasi dan anda harus berhati-hati supaya tidak melanggar peraturan doping.

Uncang Nikotin

“Red Bull dan Nikotin telah berada dalam pemantauan dan pengawasan WADA sekarang. Jadi bahan sedemikian patut di jauhi dan pilihlah bahan yang semulajadi sebagai alternatif.

Kajian Ke Atas Nikotin

Kajian pada 2006 mendapati Nikotin meningkatkan ketahanan seorang pelumba basikal sehingga 17 peratus berbanding biasa. Menurut Michele Verrokken bekas ketua anti doping UK,

“Nikotin telah diletakkan dalam senarai sejak 2012.

“Persoalan utama di sini adalah, secara saintifiknya adakah bahan seperti Nikotin memberi kesan dalam meningkatkan prestasi?

Kesimpulan

Bagi yang bermain bola bolehlah cuba tetapi setakat main tapi tak training, stamina ke laut matilanak baik korang try masa jimak tu pon bagi yang dah kawen. Isap Surya 16 pun boleh kot.