Penipu Dalam Permainan Video Bakal ke Penjara dan Denda RM200,000

Eikrem oleh Eikrem 11 bulan yang lalu

Pasti ada kawan-kawan anda yang baru bermain FIFA Online dua hari tetapi FIFA coins miliknya telah melebihi jumlah kekayaan keluarga Rothschild dan Rockerfeller bukan? Dengan menggunakan teknik hebat yang bernama ‘cheat’ mereka sudah mampu untuk mendapatkan wang dengan begitu banyak sekali dalam tempoh yang singkat.

Jika rakan anda tersebut berada di Malaysia, dia masih bernasib baik.

Kerajaan Korea Selatan baru-baru ini telah meluluskan satu undang-undang untuk menghukum penipu di permainan video ini – dalam apa jua permainan sekalipun – dan mereka yang melakukan penipuan ini berdepan hukuman penjara dan denda hampir Rm200,000.

Antara bentuk salah laku yang berdepan dengan tindakan ini ialah mencipta, mengedar dan menggunakan software yang tidak dibenarkan oleh syarikat pembuat permainan untuk permainan tersebut.

Ini bermaksud mencipta atau menggunakan apa sahaja yang membawa kepada kelebihan yang tidak adil kepada pengguna tersebut berbanding lawan, yang mana akhirnya lawan akan terduduk menangis dan meratapi kekalahan dalam permainan tersebut sambil mendengar lagu Aiman Tino.

League of Legends - menjadi karier ramai rakyat Korea | Sumber gambar : goliath.com

Ramai rakyat Korea Selatan telah menjadikan sukan elektronik ini sebagai mata pencarian mereka, terutamanya dalam permainan League of Legends dan Overwatch menjadi faktor utama kerajaan Korea Selatan mewujudkan undang-undang ini.

Jadi, jika anda masih lagi mahu menipu dalam permainan video, pastikan jangan bermain di Korea Selatan. Faham?




Paparkan Komen