Pengulas Ini Berkongsi Cara Menyebut Nama Pemain Dengan Betul

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 minggu yang lalu

Menjadi pengulas bola sepak bukan senang dan bukan setakat perlu kenal pemain di atas padang malah perlu pandai menyebut nama pemain dengan bunyi yang betul mengikut nama yang diberikan oleh ibu bapa pemain tersebut.

Jika Apek yang merupakan penjaga gol tertukar dengan Saiful Apek yang merupakan seorang pelawak itu bukan silap sebut nama tapi dah salah orang tu. Macam yang terjadi kat negara kau.

Ada segelintir nama pemain di Premier League lebih sukar disebut yang menyaksikan pengulas seperti Paul Merson, Charlie Nicholas dan Chris Kamara selalu silap ketika menyebut nama pemain dalam rancangan Sky Sports' Soccer Saturday .

Pengulas BT Sports, Danny Jamieson telah mengambil inisiatif untuk berkongsi cara sebutan yang betul namanama pemain Premier League dan memberi penjelasan kenapa nama itu disebut sedemikian rupa.

Danny Jamieson yang mengakui selalu juga menyebut nama pemain dengan salah telah berkongsi cara sebutan yang betul supaya kita semua tidak mengulangi kesalahan yang sama dalam satu bebenang di Twitter.

Pengulas BT Sports itu memulakan bebenang beliau dengan nama Teemu Pukki yang menjadi igauan setiap peminat bola sepak di Malaysia.

Cara sebutan pemain Norwich itu, Teemu Pukki pada nama pertamanya disebut 'TAY-mu' Pukki. Lega bukan sebutan Pukki tidak berubah.

Nama pemain Chelsea, Christian Pulisic pula begini sebutannya 'puh-LISS-ick'. Tiada gaya timur Eropah iaitu 'itch' di akhir sebutan.

Nama agak susah dan selalu salah cara sebutannya bukan Mohammed Salah tetapi Kevin de Bruyne. Bagi Jamieson nama De Bruyne sangat susah kerana nama ini hampir tidak wujud dalam bahasa Inggeris.

Maka sebutan sebenar De Bruyne adalah de 'BRERRR-neh' tiada sebutan 'Y' ditengah-tengah.

Leroy Sane pula macam senang sebutannya tetapi sebutannya harus mempunyai sebutan huruf 'Z' berbanding 'S' jadi sebutannya adalah 'ZAH-nay'.

Pemain penyerang yang baru diikat Wesh Ham United, Sébastien Haller pula sebutannya 'AL-air'.

Penyerang baru Southampton, Che Adams jika dilihat namanya seperti pemain kelahiran Kelantan namun bila disebut terus hilang bunyinya iaitu 'SHAY' Adams.

Dua pemain tengah Spurs Tanguy Ndombele dan Giovani La Celso pula menjadi 'TON-gee' Ndombele and Giovani Lo 'SELL-so'

Danny Jamieson menyenaraikan beberapa lagi nama pemain di Premier League untuk rujukan anda semua.

1. Granit Xhaka (‘CHA-ka’) bukan Zhaka
2. Juan Foyth (‘FOYT’)

3. Martin Dubravka (‘du-BRAW-ka’)

4. Joël Matip (‘jo-EL MAH-tip’)

5. Richarlison (‘RI-shar-li-son’)

6. Fabien Delph (‘FAY-bee-en’)

7. Cheikhou Kouyaté (‘SHEK-oo’)

8. James Tarkowski (‘tar-KOFF-ski’)

9. Sean Dyche (‘DIE-tch’)

10. Conor Hourihane (‘HOWR-i-han’)




Paparkan Komen