The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Pengarah Manchester United Ed Glazer Membantu Trump Memenangi Pilihanraya Amerika

Encik Bakri pada November 10, 2016

Pengarah pasukan Setan Merah telah membantu calon parti Republican Donald Trump untuk menduduki kerusi Presiden Amerika menggantikan Barrack Obama dengan mengejutkan calon pilihan Hillary Clinton.

Ed Glazer Pengarah Manchester United telah didedahkan sebagai salah seorang penyumbang dana kepada Trump dalam usaha menjayakan kempen piliharaya Amerika. Sumbangan Ed Glazer nyata membantu Trump tetapi tidak mampu membantu kelab sendiri. Kesian.

Pengerusi bersama pasukan NFL, The Tampa Bay Buccaneers dilantik menjadi pengarah bukan eksekutif United pada tahun 2006 berikutan pengambilalihan kelab oleh bapanya Malcom Glazer.

Sejak keluarga Glazer menjadi pemegang saham terbesar United, hutang United makin bertambah dan hubungan Glazer dengan peminat sangat dingin sehinggakan segelintir penyokong mewujudkan FC United of Manchester dalam usaha untuk meneruskan legasi dan tradisi yang menjadi kebanggaan mereka.

Ed Glazer merupakan personaliti NFL ketiga terbesar dalam menyumbang dana kepada Trump selepas pemilik Houston Texans dan New York Jets. Glazer telah menyumbangkan sebanyak £44,614 (RM 237,363) bagi menyokong kempen Trump.

Penglibatan keluarga Glazer dalam sukan bukan sahaja mendapat tentangan umat United tetapi di NFL penyokong Buccaneers juga telah mengkritik mereka terutamanya pada tahun 2014 apabila Buccaneers menamatkan musim dengan dua kemenangan. Rekod terburuk dalam 32 pasukan NFL. Red Devil pun banyak buat rekod pelik-pelik selepas Fergie bersara.

Kepelikan melanda apabila Ed Glazer turut menyumbang kepada kempen Hillary Clinton sebanyak £4,360 (RM23,196). Calon parti Demokratik itu juga turut mendapat sokongan Pengerusi Liverpool Tom Werner yang menyumbang sebanyak £2,175 (RM11,571).

Salah seorang penderma dikalangan Ikon Sukan yang paling diingati adalah Arwah Muhammad Ali. Beliau telah menumbang sebanyak £2,175 (RM11,571) sebelum kematiannya pada bulan Jun. Ali juga seorang penyokong kuat Hillary Clinton.

Walaupun telah menyumbang ribuan pound untuk setiap kempen, sumbangan Glazer hanyalah sedikit berbanding penderma super yang terdiri dari kapitalis-kapitalis yang mahu memastikan kerusi Presiden milik Trump. Ed Glazer hanyalah serangga jika dibandingkan dengan penderma super (tapi tidaklah mencecah 2.6 billion).

Firma pengurusan pelaburan New York, Renaissance Technologies dilaporkan telah menderma lebih $15 juta (RM64.43 juta), manakal firma hartanah GH Palmer Associates dan Marcus Foundation masing-masing telah menderma lebih $2 juta (RM8.59 juta). Bantuan mereka berhasil dan Trump menjadi Presiden ke-45.


Download aplikasi The Sukan di Google Play