The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gambar:

Liga Super dan Liga Perdana baru masuk dua perlawanan, tapi dah ada cerita pasal penyokong gaduh dengan penyokong, penyokong gaduh dengan polis dan penyokong gaduh dengan tiang api. Abg Din teringat pengalaman pergi tengok bola Selangor vs Kelantan di Stadium Shah Alam dalam tahun 2010 dulu.

Permaisuri Abg Din orang Kelantan, dia beriya nak tengok game Kelantan dan alang-alang kami duk Shah Alam, Abg Din bawak la. Lagipun tahun tu tahun kebangkitan bola Kelantan, bagi dia ambik feel sikit pasal bola ni.

Cerita pasal Selangor-Kelantan ni, kalau adik-adik nak tahu, dulu takdak rivalry Pahang vs Johor, Perak vs Johor, Perak vs Selangor, DRB-Hicom vs Pos Malaysia etc. Dulu ada satu ja rivalry yang gila-gila punya – Selangor vs Kelantan.

Dari zaman 1990an lagi perlawanan kedua-dua pasukan ni panas, baik di kalangan pemain atau penyokong, cuma bezanya kalau zaman 90an dulu pemain yang banyak panas, penyokong jampi sumpah seranah ja ramai.

Tapi zaman sekarang budak-budak muda acah-acah nak jadi hooligan lah, samseng bola lah, anjing bola lah, babi lah dan macam-macam lagi lah. Tapi takpa, bukan tu yang Abg Din nak cerita.

Dalam perlawanan yang Abg Din pi tu, polis memang ramai yang jaga, baik di tempat penyokong Selangor atau pasukan pelawat, Kelantan. Dalam stadium, luar stadium, tepi stadium malah atas stadium pun ada polis yang jaga. Begitu ketat sekali kawalan keselamatan masa tu.

fru di stadium

Memandangkan Abg Din dan permaisuri sampai awal, kami dapat la tempat duduk kat bawah betul-betul bertentangan dengan tempat duduk VIP. Dari saat pertama perlawanan dimulakan, memang meriah stadium dengan sorakan dan caci makian penyokong. Biasa lah tu, penyokong Malaysia ni kadang-kadang lagi hebat dari Guardiola. Semua benda dia tahu.

Tapi semakin lama perlawanan berlangsung, sudah mula nampak tanda-tanda tak elok. Abg Din dah tak sedap hati. Tiba-tiba orang ramai duk pakat pandang kat kawasan belakang Abg Din. Kalau yang tak pernah pi stadium Shah Alam, antara tingkat bawah sekali dan tingkat dua, ada satu ruang yang luas. Kereta pun boleh masuk.

Di kawasan tu, Abg Din nampak ada dalam 5-6 orang tengah bertumbuk dan mem-flying kick. Sempat la depa release 5-6 das tumbukan tanpa bayang kat lawan masing-masing sebelum polis pi angkut geng-geng bangang tadi. Lepas lebih kurang 5 minit, keadaan kembali terkawal.

Prrriiiiit prriiiiii priiiiiiiiiit perlawanan tamat. Selangor menang tapi Abg Din tak ingat lah berapa score.

Lalu penyokong di bahagian Abg Din pun mula lah beransur-ansur keluar termasuk Abg Din.  Sedang Abg Din berjalan dengan permaisuri hati Abg Din menghala ke luar stadium, tiba-tiba nampak beberapa orang duk kejar beberapa orang yang lain. Rupa-rupanya geng bangang Selangor dengan geng bangang Kelantan sedang bergaduh.

Depa ni, kalau gaduh tak kena kat orang lain takpa, tapi bila dukk terajang sana tolak sini ada yang kena orang awam lain. Kena perempuan pun ada. Memang gila!

Hangpa bayangkan kalau hangpa tersepit dalam situasi macam ni. Apa hangpa nak buat?

Ada Abg Din tengok geng bangang salah satu pasukan tu terbaring sambil pakai helmet. Dah kena belasah teruk la tu.

Masalah bila prang terlampau ramai ni, polis memang susah nak control. Geng bangang pulak sekejap gaduh depan kaunter tiket, sekejap kat jalan naik ke parking tu, sekejap sambung depan stadium balik. Rata-rata!

Sampailah satu masa bila FRU dah pi ambik sekor-sekor geng bangang, barulah keadaan kembali normal dan terkawal. Abg Din masa tu memang kesian kat orang yang bawak anak-anak pi stadium. Depa bawak anak sebab nak tanam minat pada bola, tapi ramai pulak mangkuk hayun yang buat perangai macam kera kena belacan. Menyusahkan masyarakat madani harmoni di Malaysia ja. Malam tu ramai yang kena tangkap naik trak polis.

Jadi bila Abg Din tengok berita pasal kekecohan penyokong di Perak, Abg Din naik angin lah dengan perangai sampah-sampah ni. Menyusahkan orang ja. Depa tak pernah rasa anak bini tersepit dalam keadaan orang tengah gaduh kot, sebab tu depa duk buat perangai ala-ala mat saleh Russia tu.

Cuma satu Abg Din nak pesan, hari ni kita seronok duk buat orang, esok lusa kena kat kita balik. Tuhan tu maha Adil. Kita pi stadium untuk tengok bola dan bagi sokongan, bukan tunjuk bangang. Biar FAM ja lah yang bangang. Kita jangan.

Pengalaman berada di tengah-tengah penyokong bergaduh di stadium

Eikrem pada February 17, 2016