The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Pengadil Wanita Bertudung Pertama Di Italy

Encik Bakri pada January 6, 2016

Chahida Chekkafi bukan sekadar pengadil tangkap muat. Dia sebenarnya adalah pengadil sambilan yang mendapat latihan dan tunjuk ajar daripada Kesatuan Pengadil Itali.

Dia juga tegas dan berkarisma ketika berada di atas padang. Ketegasannya itu menyebabkan dia dihormati pemain, meskipun dia seorang gadis Islam yang bertudung.

CHAHIDA-CHEKKAFI-PENGADIL-BERTUDUNG-PERTAMA-DI-ITALI-02
CHAHIDA CHEKKAFI – Pengadil Wanita Bertudung Pertama Di Italy

Perlu diingat, di Itali wanita bertudung sering berdepan diskriminasi lebih-lebih lagi jika mereka berketurunan Arab.

Menyentuh soal latar belakangnya, minat itu timbul dari penglibatan ibu Chahida yang merupakan seorang bekas pemain bola sepak wanita di Maghribi.

“Ibu adalah sumber inspirasi saya. Ibu juga sentiasa berpesan agar saya tidak kekok mengenakan hijab dan menutup aurat ketika mengadili perlawanan bola sepak,” kata Chahida.

Pengadil Wanita Bertudung Pertama Di Italy

CHAHIDA-CHEKKAFI-PENGADIL-BERTUDUNG-PERTAMA-DI-ITALI-7
Pengadil Wanita Bertudung Pertama Di Italy

Pengadil wanita bertudung pertama di Italy. PADA bulan Februari 2014, seorang gadis manis mencipta sejarah apabila muncul sebagai pengadil bertudung pertama yang mengadili perlawanan bola sepak lelaki di Itali.

Chahida Chekkafi, remaja berdarah Maghribi telah menjadi pengadil dalam perlawanan bola sepak antara pasukan junior San Luigi menentang Karimou Stradevar dalam satu perlawanan di utara Itali dan ketika itu dia baharu berusia 16 tahun.

Melihatkan ketegasan dan prestasi Chahida di padang, akhbar Italia Corriere Della Sera menayangkan wajah Chahida di muka hadapan, lengkap dengan pujian daripada Presiden Kesatuan Pengadil Itali, Marcello Nicchi.

Nicchi menggambarkan Chahida sebagai gadis yang pemalu dan masih sangat muda, tetapi dia memiliki bakat dan tahu cara untuk menghidupkan impiannya.

Piala Dunia Destinasi Impian

Piala Dunia destinasi impian sama seperti pengadil lain, Chahida juga memasang impian untuk menjadi pengadil atau pegawai perlawanan di Piala Dunia.

“Saya masih muda dan perjalanan saya sebagai pengadil masih panjang. Masih banyak yang saya perlu pelajari untuk menjadi pengadil yang baik. Sudah tentu, saya mahu menjadi pengadil profesional dan mengadili perlawanan di Piala Dunia satu hari nanti.

“Apa pun, saya tidak akan meninggalkan perintah agama dan terus mengenakan hijab,” katanya.

Bakat Chahida menarik perhatian ramai orang di Itali termasuk di negara asal ibunya, Maghribi. Ini kerana, dia bukan sahaja memakai tudung malah dia juga memiliki rupa paras yang cantik.

CHAHIDA-CHEKKAFI-PENGADIL-BERTUDUNG-PERTAMA-DI-ITALI-5

Namun, di sebalik kecantikannya dia tidak teragak-agak menghadiahkan kad kuning atau kad merah kepada pemain yang melakukan kekasaran.

“Jika dirinya mampu memimpin pertandingan dengan baik, tidak mustahil suatu hari nanti kita boleh melihat Chahida mengadili perlawanan Serie A antara Juventus dan Napoli. Atau mungkin, kita juga boleh melihat Chahida mengadili perlawanan di Piala Dunia,” kata Presiden Kesatuan Pengadil Itali, Marcello Nicchi.

Aksi Pengadil Wanita Bertudung Pertama Di Italy

Sumber : Sinar Harian