Pengadil Kontroversi Barcelona vs PSG Bakal Berdepan Penggantungan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 bulan yang lalu

Pengadil kontroversi dan seksi yang mengadili perlawanan penuh bersejarah ketika Barcelona mempamerkan aksi kebangkitan teragung dengan menewaskan Paris Saint-Germain(PSG bukan MSG) di Liga Juara Eropah bakal berdepan penggantungan ekoran mutu pengadilan yang teruk.

Keputusan Deniz Aytekin memberi dua sepakan penalti kepada Barcelona menjadi bualan ramai terutamanya haters dan pencinta keadilan dalam bola sepak. Selain itu beberapa keputusan lain dipertikaikan terutama keputusan yang memihak kepada Barcelona.

Tengok sendiri video kemungkaran pengadil ini semasa perlawanan.

UEFA could demote the referee of Barcelona - PSG

Dikirim oleh Oh My Goal pada 10 Maret 2017

Ketua Pengadil Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Pierluigi Collina, pengadil lagenda merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memilih pengadil dan menghantar pegawai pertandingan ke Liga Juara Eropah dan Liga Europa.

Ekoran prestasi buruk Deniz Aytekin pengadil dari Jerman itu semasa perlawanan mendapat kritikan keras dari media Sepanyol memaksa Collina menilai kembali prestasi pengadil tersebut. UEFA mengesahkan bahawa Collina sekarang sedang berusaha untuk mengurangkan kesilapan pengadil dalam perlawanan.

'You nak penalti ke Suarez? Nanti I bagi'

Aytekin, 38 dijangka tidak akan menerima hukuman berat dari UEFA tetapi beliau dilaporkan tidak berpeluang lagi untuk mengadili perlawanan berprofil tinggi atau digantung sekurang-kurangnya sehingga hujung musim ini.


Share Tweet


Paparkan Komen