The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Pendapatan Mino Raiola Untuk Perpindahan Musim Panas Mengatasi Gaji Tahunan Ronaldo

Encik Bakri pada September 5, 2016

Pendapatan Super Ejen Mino Raiola untuk musim perpindahan musim panas ini mengatasi gaji tahunan Cristiano Ronaldo sebanyak £21 juta setahun bersama Real Madrid. Raiola memperoleh pendapatan hampir £30 juta (RM164 juta) pada jendela perpindahan musim panas ini lebih.

Pendapatan yang diperoleh Raiola ini di bayar oleh Manchester United melalui perpindahan 3 orang pemain yang berada di bawah selian Raiola. Pemain tersebut adalah Paul Pogba, Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan.

Raiola memperoleh £20 juta hasil daripada perpindahan Pogba dari Juventus ke Manchester united yang memecahkan rekod dunia dengan nilai perpindahan sebannyak £89 juta. Perpindahan Mkhitaryan ke Manchester United dari Dortmund bernilai £30 juta membolehkan Raiola meraih pendapatan sebanyak £6.7 juta.

Super Ejen ini kemudian memenuhkan lagi poket beliau hasil dari perpindahan percuma Zlatan ke Manchester United dari PSG. Walaupun perpindahan Zlatan percuma Manchester United membayar £2.5 juta kepada Raiola sebagai orang tengah, menjadikan pendapatan beliau untuk tempoh 2 bulan perpindahan musim panas ini sebanyak £29.2 juta kira-kira RM159 juta.

Jika Everton menerima tawaran £60 juta dari Chelsea untuk Everton pendapatan Raiola mungkin makain bertamabah tetapi perpindahan itu tidak menjadi kenyataan. Raiola juga meraih keuntungan melalui perpindahan Balotelli ke Nice walaupun sebagai pemain pinjaman tetapi tidak dinyatakan jumlah bayaran diterima Raiola.

Untuk rekod Super Ejen Mino Raiola memperoleh pendapatan hampir £270 juta (RM1.4 bilion) sepanjang kariernya sebagai ejen. Maka tidak hairanlah kenapa Raiola digelar Super Ejen.

Bekas pengendali United Alex Ferguson pernah mengatakan bahawa beliau tidak akan berurusan dengan Raiola dimana Raiola merupakanh individu menyebabkan Pogba berhijrah ke Juventus pada 2012 tetapi Mourinho tidak ambil pusing perkara tersebut.


Download aplikasi The Sukan di Google Play