Penarikan Diri Kelantan Satu Drama? Ada Agenda Politik Disebalik Drama Ini?

Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Ketika menjenguk grup muka buku penyokong Kelantan terdapat beberapa komen menyatakan bahawa penarikan diri Kelantan merupakan satu drama dan ada juga berpendapat ada agenda politik disebalik drama ini.

Selain itu plot drama ini seolah dapat dibaca penyokong TRW apabila segelintir mereka meramalkan akan hadir seorang hero yang akan tampil sebagai penyelamat sebelum atau pada 29 Disember ini. Dah lama jugak tak dengar cerita berbaur politik ni.

Terdapat juga penyokong yang memulakan kempen selamatkan pasukan Kelantan dan mencadang para penyokong memberi sumbangan kepada KAFA yang mengalami penyakit kronik serta memerlukan sejumlah wang yang besar untuk rawatan.

Selain menunggu penajaan datang,  KAFA juga boleh melancarkan jersi tahun 2017 dan dijual pada harga berpatutan antara RM50-RM60 sahaja dan melancarkan pas bermusim seperti tahun sudah serta mengadakan perlawanan persahabatan.

Drama, Politik Dan Hero Akan Muncul

Agenda politik

Kemunculan hero dinanti.

Drama yang dijangka tamat pada 15 Disember bertukar menjadi telenovela.

Selamatkan Pasukan Kelantan