Peminat Samakan Ejen Pemain Import Kelantan Dengan Penggusti WWE

Eikrem oleh Eikrem 8 bulan yang lalu

Beberapa hari lepas penyokong bola sepak Kelantan menerima berita mendebarkan apabila dua pemain import baharu yang dibawa ke bumi Cik Siti Wan Kembang Tanah Serendah Sekebun Bunga, Cedric dan Okiki telah gagal dalam ujian kecergasan dan kesihatan. Bukan disebabkan kencing manis.

Namun dek kecekapan penyelamat bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, pengganti pemain import tersebut telah ditemui dengan begitu pantas dan berita ini telah dikongsi oleh TSAM di laman Facebooknya sendiri.

Namun apa yang menarik perhatian ialah komen-komen para penyokong yang menyamakan ejen pemain tersebut, yang memakai seluar kuning petak ala hipster, dengan penggusti terkenal Amerika, Mark Henry. Lihat antara reaksi dan komen para penyokong.

Komen-komen di atas dimuat naik bagi menjawab penjelasan TSAM kepada penyokong yang menyangka ejen tersebut adalah pemain. Ooo parok!




Paparkan Komen