The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Pembubaran Skuad Harimau Muda Memakan Diri?

Encik Bakri pada August 31, 2016

Keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membubarkan skuad Harimau Muda dan melepaskan anggota skuad itu ke pangkuan pa­sukan negeri kini memakan diri apabila mereka sukar untuk me­ngumpulkan pemain bagi menghadapi Sukan SEA tahun depan.

Hari ini, FAM menerima tamparan hebat lagi apabila sebahagian besar daripada persatuan bola sepak negeri dan kelab enggan melepaskan pemain mereka secara sepenuh masa untuk menjalani persiapan menghadapi Sukan SEA 2015.

Pengurus pasukan skuad Projek Sukan SEA 2015, Datuk Rozabil Abd. Rahman berkata persatuan negeri dan kelab lebih berminat untuk memilih pilihan kedua iaitu pemain mereka yang dipilih menjalani latihan separa berpusat di bawah kendalian jurulatih Bawah 22, Frank Bernhardt.

“Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah mencari persetujuan daripada semua persatuan bola sepak negeri dan kelab untuk membenarkan pemain mereka yang terlibat bagi persiapan menghadapi Sukan SEA 2017.

“Hasil perbincangan, kami belum mendapat kata putus kerana mereka mempunyai pandangan berbeza… Bagaimanapun mereka bersetuju untuk mempertimbangkan pilihan kedua iaitu latihan separa berpusat.

“Kami ada tiga pilihan yang dicadangkan oleh Bernhardt. Pertama, latihan berpusat sepenuh masa bermula Disember ini hingga temasya dwi tahunan itu berlangsung. Kedua, latihan separa berpusat yang mana pemain dikumpulkan menerusi panggilan bermula Januari hingga April depan dan latihan berpusat pada Mei hingga kejohanan itu berlangsung.

“Pilihan ketiga adalah pemain dikumpulkan berdasarkan panggilan semata-mata. Jika latihan berpusat diadakan gaji pemain akan dibayar oleh FAM sama jumlahnya seperti dibayar oleh pasukan negeri atau kelab masing-masing.

“Pilihan kedua menjadi pilihan kerana memberi situasi menang-menang dan kami akan hantar surat rasmi kepada semua persatuan dan seterusnya membuat keputusan kaedah mana yang akan digunakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rozabil menjelaskan ada pemain yang mahu menjalani latihan secara berpusat sepenuh masa dan ada yang sebaliknya namun dia memberitahu keputusan adil perlu dibuat untuk kesenangan semua pihak.

“Kalau kita nak terima semua pandangan masalah tidak akan selesai. Jadi lebih baik buat keputusan majoriti dan persatuan bola sepak negeri dan kelab boleh ikut. Kedah tidak setuju pilihan pertama kerana lima pemain utama mereka telah dipanggil dan saya faham mengenai situasi tersebut,” katanya lagi.

Sumber :Utusan Online


Download aplikasi The Sukan di Google Play