The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Pembelian Firminho : Kisah 5 Pemain Brazil yang Pernah Mewakili Liverpool

Eikrem pada June 24, 2015

Liverpool telah membayar 29juta GBP kepada kelab Jerman, Hoffenheim, untuk membeli penyerang Brazil, Roberto Firminho, jumlah yang hampir serupa dibayar kepada Atletico Madrid untuk mendapatkan khidmat Fernando Torres pada tahun 2007.

Usai menyertai Liverpool, Torres telah menjadi seorang yang digeruni di Liga Perdana Inggeris. Mampukah Firminho mengikut jejak langkah Torres?

Jika sejarah disemak kembali, tidak ramai pemain dari Brazil yang berjaya menjadi bintang yang betul-betul digeruni di Liga Perdana Inggeris dan lima orang pemain Brazil telah mencuba nasib bersama Liverpool. Siapakah mereka? Bagaimana prestasi mereka?

  1. Fabio Aurelio

aurelio

Pemain Brazil yang pertama bermain untuk pasukan Liverpool, diambil secara percuma oleh Rafa Benitez. Bermain selama enam musim dan membuat lebih 100 penampilan buat The Reds. Pemain bek kiri versatile ini bagaimanapun tidak begitu menyerlah untuk mendapat tempat di kesebelasan utama. Seringkali ketinggalan di belakang John Arne Riise, Harry Kewel dan Jose Enrique.

  1. Alexander Doni

doni

Seorang lagi pemain yang diambil secara percuma, Doni menyertai Liverpool dari Roma dengan harapan untuk memberi cabaran kepada Pepe Reina. Malang baginya kerana Reina ternyata sukar digugat, dan Doni hanya membuat bermain setelah Reina mendapat kad merah. Malang bagi Doni, selepas dua perlawanan menggantikan Reina, dia pula mendapat kad merah dan tempatnya sebagai penjaga gawang kedua The Reds telah diambil alih Brad Jones. Dari tahun 2011-2013, Doni hanya membuat empat penampilan dalam liga bersama skuad utama Liverpool. Tambahan pula, Doni mengalami komplikasi jantung pada 2012 dan pernah meninggal selama 25 saat.

  1. Diego Cavalieri

Cavalieri

Dibeli pada harga 3juta GBP pada 2008 untuk menjadi pelapis kepada Pepe Reina. Dari tahun 2008 ke 2010, Cavalieri hanya mampu membuat sepuluh penampilan bersama skuad utama Liverpool, tanpa satu perlawan liga langsung! Dia dikatakan pemain Brazil yang paling teruk pernah dimiliki The Reds. Pada permulaan musim 2010, Cavalieri menyertai Cesena pada jumlah yang tidak dinyatakan.

  1. Lucas Leiva

leiva

Boleh dikatakan Lucas adalah pemain Brazil yang paling Berjaya di Liverpool. Pemain tengah bertahan ini berjaya membuat lebih 250 penampilan bersama kelab Anfield itu dan jika tidak kerana kecederaan serius, Lucas mampu untuk pergi lebih jauh bersama Liverpool.

Dibeli dari Gremio pada tahun 2007, Lucas lebih menjadi pelapis kepada holding midfielfer terbaik dunia, Xabi Alonso, tambahan pula Lucas dilihat lebih bermain seperti Amar Rohidan, defensive midfielder yang bersih bajunya kerana tiada tackle. Namun setelah Alonso menyertai Real Madrid pada tahun 2009, Lucas letak mempajak posisi itu kepadanya sehinggalah kecederaan ACL dialaminya pada 1 Disember 2011. Seperti pemain-pemain yang pernah cedera ACL, Lucas berusaha keras untuk kembali ke tahap tertinggi seperti sebelumnya.

  1. Philippe Coutinho

coutinho

8.5juta GBP telah dibayar kepada Inter Milan untuk membeli pemain muda Brazil ini. Sebaik dibeli, Coutinho dengan pantas meletakkan dirinya sebagai pemain utama The Reds sehinggakan digelar ‘Little Magician’ oleh peminat dan rakan pemain kelab.

Gandingannyna di bahagian serangan bersama Raheem Sterling dan Luis ‘Dracula’ Suarez telah meletakkan kapten Steven Gerrard di bahagian ‘deep playmaking position’  pada musim Liverpool hampir menjadi juara Liga Inggeris 2013-2014. Pada usia 23 tahun, pemain ini mempunyai masa hadapan yang cerah untuk terus bersinar dan membantu The Reds menjuarai liga selepas kali terakhir mereka memenanginya pada tahun 1990.